Motosikal

HONDA CB500R

Walaupun sudah agak lama berada di pasaran, memang sukar untuk mengenepikan tarikan yang ada pada Honda CB500R ini.

Honda-CB500R-mekanika (2)

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, pihak Boon Siew Honda melancarkannya bersama dua varian iaitu CB500X dan CB500F. Apa yang lebih menarik, harganya boleh dikatakan cukup berpatutan, hanya sekitar RM28,000 seunit.

Pengenalan varian Honda CB500 nyata membuatkan pasaran motosikal berkuasa tinggi tetapi tidak terlalu mahal semakin meriah. Maka tidak hairanlah jika ramai yang mula mempertimbangkan untuk memiliki motosikal ini. Baik untuk kegunaan riadah hujung minggu atau pun dijadikan tunggangan harian.

Honda-CB500R-mekanika (16)

Di antara ketiga-tiga model tersebut, paling sporty tentunya CB500R. Ia memperlihatkan pengaruh rekaan model lebih besar daripada pengeluar sama iaitu CBR600 dan CBR1000 menerusi penggunaan penghadang angin serta fairing penuh pada bahagian hadapannya.

Biarpun sebenarnya penggunaan badan seperti ini membuatkan CB500R sedikit berat berbanding varian CB500X dan CB500F, ia memberikan kelebihan dari segi kestabilan.

Honda-CB500R-mekanika (18)

Motosikal ini mempunyai ciri aerodinamik yang lebih baik. Penunggang juga boleh ‘berlindung’ di sebalik penghadang udara ini ketika menunggang pada kelajuan tinggi untuk mengurangkan tolakan angun. Sekali gus mampu mencapai kelajuan sehingga 180km/j.

Walaupun diterapkan dengan rekaan sports, jurutera Honda yang menghasilkan model ini masih mengambil berat aspek ergonomik agar penunggan dapat menunggang dengan lebih selesa. Hendalnya tidak terlalu rendah dan penunggang tidak perlu membongkok ketika menunggang.

Honda-CB500R-mekanika (7)

Dengan kedudukan seperti itu, ia menjadikan perjalanan jauh lebih selesa. Saya  sempat menguji motosikal ini sejauh hampir 700km dalam masa satu hari. Saya  dapati ia memberikan kesan yang besar terutama apabila membawa penumpang. Pergelangan tangan dan pinggang penunggang tidak akan menerima beban yang berlebihan. Apatah lagi apabila membrek.

Dengan kelajuan tinggi yang konsisten, saya kagum kerana CB500R boleh bergerak hampir 350km dengan isian penuh dan masih berbaki satu takuk.

Honda-CB500R-mekanika (8)

Dari segi rupa, CB500R ini memang banyak mengikut CBR600 dan CBR1000 tetapi daripada aspek prestasi, ia tidak mempunyai semangat yang sama. Itulah antara yang dapat saya rasakan semasa menunggang motosikal standard ini.

Ia tidak agresif. Sebaliknya lebih kepada menawarkan tunggangan yang lancar. Pedal klacnya lembut, kuasa daripada enjin dua silinder juga tidak banyak gegaran. Pecutan pula naik secara mendatar, bukannya terus memuncak.

Honda-CB500R-mekanika (6)

Bagi saya yang lebih gemarkan motosikal yang mempunyai faktor keseronokan, CB500R kurang memuaskan.Tetapi bagi mereka yang inginkan motosikal yang tidak memenatkan, jentera ini mungkin ideal untuk anda.

Malah ketika bergerak di bandar, penunggang tidak akan berasa seperti mengendalikan motosikal berkuasa tinggi. Jangan salah sangka. Kalau dibandingkan dengan motosikal sports 250cc, saiz CB500R jelas lebih besar dan ditambah dengan ketegapan menggunakan tayar bersaiz 120/70R17 di hadapan dan 160/60R17 di belakang.

Honda-CB500R-mekanika (12)

Apa yang dimaksudkan adalah penunggang tidak akan berasa penat, biarpun terpaksa meredah kesesakan. Apapun, CB500R mempunyai potensi untuk audiens yang lebih luas. Sama ada anda seorang penunggang baru, mahupun yang lama tetapi inginkan sesuatu yang lebih santai.

[hr]SPESIFIKASI

Honda CB500R

Enjin: 471cc, dua silinder selari, penyejukan cecair, sistem bahan api PGM-FI

Transmisi: Enam kelajuan, klac basah multi, pacuan rantai

Kuasa maksimum: 47hp @ 8,500rpm

Tork maksimum: 43Nm @ 7,000rpm

Brek hadapan: Cakera tunggal beralun 320mm dan angkup dua piston

Brek belakang: cakera tunggal beralun 240mm dan angkup tunggal, sistem ABS

Berat: 192kg

Kapasiti tangki: 15.7 liter

Harga: RM28,588/ RM31,888 (ABS)

[hr]GALERI  

Honda-CB500R-mekanika (4)Honda-CB500R-mekanika (9)Honda-CB500R-mekanika (10)Honda-CB500R-mekanika (13)Honda-CB500R-mekanika (15) 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button