Buletin

NISSAN DEDAH MODEL QASHQAI e-POWER ‘KURO EDITION’, 156HP, HARGA BERMULA RM212K

Nissan baru-baru ini memperkenalkan Qashqai e-Power versi hibrid khas untuk pasaran UK yang dipanggil ‘Kuro Edition’ dengan penampilan kemasan hitam.  

Untuk rekod, Nissan adalah pengeluar kereta kedua menggunakan penjenamaan ‘Kuro Edition’ selepas kali pertama diperkenalkan oleh Mazda.

Nissan Qashqai Kuro Edition diserlahkan lagi menerusi rim aloi 18-inci, sama hebatnya dengan rim 20-inci bagi spesifikasi model lebih tinggi.

Dari segi penampilan, ia tersedia secara eksklusif dalam tiga warna dwi-tona iaitu Storm White/Black, Ceramic Grey/Black atau Pearl Black/Grey.

Peralatan standard bagi model ‘Kuro Edition’ terdiri daripada bumbung kaca, plat ambang bercahaya dengan huruf Qashqai dan port pengecasan tanpa wayar.

Perincian lain termasuklah paparan NissanConnect 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar, Android Auto berwayar, port USB hadapan dan belakang, lampu ambien, monitor pandangan sekeliling serta cermin privasi.

Jika anda mahukan lebih banyak lagi, anda boleh mendapatkan pilihan ‘Tech Assist Pack’ dengan bayaran tambahan AS$1,288 (RM5,911). ‘Tech Assist Pack’ merangkumi paparan kepala 10.8-inci, lampu LED penuh selain lebih banyak ADAS daripada suite Nissan ProPilot.

Dari segi kuasa, e-Power Qashqai dijana oleh enjin petrol tiga silinder 1.5 pengecas turbo, berupaya menghasilkan 156hp, manakala motor elektrik menghamburkan kuasa 188hp dan memacu roda hadapan serta pek bateri kecil.

Nissan Qashqai e-Power ‘Kuro Edition’ sudah tersedia untuk dipesan di pasaran UK bermula dari AS$46,214 (RM212,099) lebih mahal berbanding N-Connecta AS$44,832 (RM205,756).

Google ads
Back to top button