Buletin

NISSAN SERENA AUTECH – VERSI SPORTY & MEWAH KENDERAAN NISSAN

Sebelum ini kamI laporkan tentang Nissan Serena NISMO yang bukan sahaja diberikan pakej kosmetik tetapi juga talaan komputer supaya lebih sedap untuk ‘ditekan’. Selang beberapa hari, Nissan melancarkan pula barisan kenderaan di bawah jenama Autech.

Model pertama Autech ialah Nissan Serena atau nama rasminya Nissan Serena AUTECH. Ini menunjukkan betapa istimewanya Serena kepada Nissan selepas pengenalan Nissan Serena NISMO. Itu belum dikira Nissan Serena Impul yang dipasarkan di negara kita.

Bila dah ada beberapa versi Serena jadi apa bezanya model Autech ini dengan yang lain?

Pertama sekali, asas pemanduan sporty itu sama dengan model NISMO. Memandangkan kereta NISMO ini lebih kepada talaan sporty, model AUTECH pula akan memberi fokus kepada kemasan premium dengan material berkualiti tinggi dan perhatian kepada perincian.

“Nissan akan menawarkan nilai asas berbeza melalui sub jenama kami iaitu NISMO dan AUTECH,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kedua-dua Autech Japan dan Nissan Motorsports International. “Kami akan terus menawarkan pelbagai program untuk memberikan pelanggan kami menikmati kenderaan Nissan dengan lebih lagi.”

 

Nissan Serena NISMO Kredit (c) Nissan/NISMO

Sekarang ini, kenderaan Autech dipasarkan di bawah beberapa gred seperti Axis, Rider, Bolero dan Mode Premier. Sekarang ini kesemua gred itu akan disatukan di bawah jenama AUTECH.

Program kenderaan sporty Nissan telah dirancang dengan lebih kemas tahun ini. Pada April lalu, Nissan telah mengumumkan pengembangan varian untuk model jalanan NISMO.

Sehingga kini, Nissan telah memperkenalkan Nissan GT-R NISMO, Nissan Fairlady Z NISMO, Nissan Juke NISMO, Nissan Note NISMO, Nissan March NISMO dan paling baharu ialah Nissan Serena NISMO yang dilancarkan pada 21 November lalu.

Nissan mahu mengembangkan siri kenderaan Autech di Jepun bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan model berprestasi tetapi dengan keselesaan dan kualiti lebih tinggi.

Kredit: Nissan (c)
Google ads
Back to top button