Buletin

NISSAN SERENA S-HYBRID CATAT 4,000 TEMPAHAN, 1.9K UNIT TELAH DISERAHKAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah melangkaui jangkaan apabila menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018.

Sebanyak 1,900 unit pula telah didaftarkan dalam tempoh hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.

“Justeru, kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Photo

Nissan Almera 1.5L VL hadir dengan pakej aksesori istimewa

ETCM) juga memperkenalkan kempen “Joyful Tax Holiday” pada Julai dengan kadar GST 0% dan penjimatan Duit Raya. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh membeli varian Almera 1.5L VL yang kini hadir dengan pakej aksesori istimewa bernilai RM8,955.66*.

Pakej aksesori itu merangkumi NISMO Aerokit, skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ketersambungan telefon pintar, Wifi, navigasi dan kamera undur, perakam video pemanduan, tempat duduk kulit dan tinted Solar Gard.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Google ads
Back to top button