Buletin

KIA PICANTO GT-LINE — GUNA ENJIN TURBO 1.0 LITER TIGA SELINDER, 100HP, MANUAL 6 KELAJUAN

Kia telahpun memperkenalkan model teratas Picanto yang kini dilengkapi enjin 1.0 liter T-GDI turbo.

Enjin tiga slinder itu didakwa mampu menjana kuasa mencecah 100hp dan tork puncak 176Nm pada hanya 1,500rpm. Dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.8 saat bersama pecutan maksimum 180km/j.

Mematuhi piawaian emisi terkini Euro 6d, enjin itu menawarkan penggunaan minyak sekitar 1.1 liter bagi setiap 100km.

Dikenali sebagai Picanto GT-Line dan GT-Line S, kereta kompak itu dibezakan menerusi rekaan bampar lebih sporty, corong pengambilan udara besar serta kemasan berwarna merah pada gril hadapan dan sisi.

Bukan itu sahaja, peresap udara bahagian belakang, paip ekzos berkembad dan rim aloi 16 invi menyempurnakan lagi penampilannya. Dari segi kelengkapan, Picanto GT-Line  dipasang dengan lampu utama jenis projektor dwi-fungsi, lampu DRL dan belakang LED, kemasan kulit hitam merah, kawalan suhu automatik, sistem hiburan bersaiz 7.0 ini bersama ciri Android Auto, Apple CarPlay dan pengecasan tanpa wayar.

Di pasaran United Kingdom, Picanto GT-Line ditawarkan pada harga £13,320 (RM71,500) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button