
NISSAN SKYLINE BAKAL MENJADI SUV CROSSOVER ELEKTRIK, DILANCARKAN PADA 2025
Media asal Jepun, Best Car, baru-baru ini melaporkan bahawa Nissan Skyline bakal mengalami transformasi, sejajar dengan perkembangan semasa, iaitu menjadi sebuah SUV crossover elektrik.
Nissan dikatakan sedang membangunkan Skyline generasi baharu berdasarkan crossover Ariya elektrik, menggunakan platform CMF-EV dan bakal dilancarkan pada 2025. Dari segi kuasa, ia dijangka berupaya menghamburkan kuasa 450hp.

Skyline EV bakal berada di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum menuju ke pasaran lain. Tambahan, ia juga akan digayakan semula untuk disesuaikan dengan status kelas atasannya.
Dengan perkhabaran berkenaan, Nissan bukan satu-satunya pembuat kereta dari Jepun menggunakan semula ‘nameplate’ klasik pada crossover kerana Toyota Crown tidak lama lagi bakal menggunakan gaya rekaan baharu termasuk SUV.
Sebabnya adalah jelas, SUV ialah produk premium terlaris serta sesuai dengan kedudukan seperti Crown dan Skyline yang dikelaskan sebagai kenderaan premium.
Walau bagaimanapun, pendapat dan cerita tentang minat pelanggan adalah hal berbeza kerana kita perlu menunggu sehingga Nissan Skyline EV diperkenalkan secara rasmi menjelang 2025 kelak.