Buletin

HONDA VARIO 160 EDISI TERHAD REPSOL TERSEDIA 2,000 UNIT, HARGA BERMULA RM10K

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan warna baharu bagi skuter pilihan ramai, Vario 160 dengan kemasan Edisi Terhad Repsol.

Honda Vario 160 Edisi Repsol akan tersedia dalam 2,000 unit di semua pengedar sah Honda dan terpilih di seluruh negara mulai 20 Julai 2023.

Untuk rekod, ciri-ciri utama Honda Vario 160 Edisi Repsol adalah sama iaitu dilengkapi Honda SMART Key System yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian serta Sistem Jawab Balik.

Perincian lain termasuklah pengecas USB, ruang simpanan 18-liter di bawah tempat duduk, sistem pencahayaan LED dan panel meter digital sepenuhnya.

Honda Vario 160 Edisi Repsol dipacu oleh enjin 157cc 4-injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+), menghasilkan 15.15hp pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.

Honda Vario 160 Edisi Repsol boleh dimiliki pada tanda harga RM10,498 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

GALERI:

Google ads
Back to top button