
NISSAN GT-R R32 EV – KALAU ADA KORANG NAK BELI TAK?
Nissan nampak sudah bersedia untuk memberikan nadi EV kepada GT-R kebanggaan mereka. Jangan teruja sangat sebab ini bukannya model serba baru tapi sebuah model yang dinamakan R32 EV. Ya ia bakal diasaskan dari sebuah R32 yang sangat popular tu.
Nissan baharu sahaja memuatnaik satu video di laman sesawang Youtube dan Twitter menunjukkan bahagian belakang sebuah R32 GT-R yang bernadikan enjin 6 selinder sebelum muncul tulisan “R32 EV” di skrin.
Idea ini datangnya daripada seorang jurutera yang menyertai Nissan kerana minat yang mendalam terhadap Nissan GT-R. menurut keterangan video, beliau mahu menghasilkan kereta yang lebih menarik dengan penambahan teknologi elektrifikasi terkini yang menjadi kepakaran beliau.
Paling sesuai untuk tujuan ini rasanya menggunakan setup dual-motor yang boleh ditemui dalam Nissan Ariya. R32 asal mampu menjana 276 hp kuasa manakala Ariya pula lebih berkuasa dengan kekuatan maksima 389 hp. Kalau tak cukup, sudah tentu Nissan mampu berbuat sesuatu kepada motor-motor elektrik tersebut untuk menghasilkan lebih banyak kuasa.
Pengubahsuaian ini rasanya bersifat one-off dan kami pun rasa tak ramai pemilik asal yang sanggup menukar enjin RB26 lagenda mereka dengan motor-motor EV. Kalau korang sanggup tak? Benda rare kot suka-suka je nak tukar motor terbaharu.