
NISSAN SKYLINE R32 CF PENUH – MODEL INI JUGA BAKAL HADIR DI TASKL NANTI
Apabila menyebut plat nama Nissan Skyline GTR, daripada anak kecil hinggalah ke bapak budak pun akan turut mengenalinya. Tapi generasi BBNU mungkin hanya kenal Nissan GTR sahaja tanpa mengenali keturunan nenek moyang model ini. Dan inilah dia Nissan Skyline GT-R R32 dengan Carbon Fibre (CF) satu badan. Bukannya jenis main balut tak tentu pasal.
Sedikit sejarah tentang model ini, plat nama Skyline GT-R ini kembali dihidupkan semula pada tahun 1989 setelah 16 tahun menyepi (model terakhir pada tahun 1973). Dan generasi ketiga ini dihidupkan dengan tujuan bagi bersaing dalam perlumbaan Group A ketika itu. Dan hasilnya, model yang dikenali dengan R32 ini berjaya mendominasi kesemua 29 perlumbaan Japanese Touring Car Championship pada tahun 1989 hingga ke 1993 dan terus mendapat gelaran Godzilla ketika itu.

Maka tidak salahlah tuner yang berasal dari Jepun ini, Garage Active untuk memliih Nissan Skyline GT-R R2 untuk menjalani proses modifkasi dengan pemasangan Carbon Fiber (CF) penuh satu badan. Dan model yang telah menjalani proses modifikasi agak ekstrem ini. Dan model ini buat pertama kalinya menyertai Tokyo Auto Salon pada tahun 2018 yang membuatkan ramai terpukau dengan hasil kerja Garage Active ini. Yang pasti Nissan Skyline RT-R R32 ini kelihatan cukup sempurna hasilnya di pandangan mata.
Menurut sejarah Presiden Garage Active, Kazushige Sakamoto memulakan perniagaan pada tahun 1992 apabila menjual kereta pada ketika itu bagi mendapatkan modal. Ketika perniagaan beliau semakin maju, kereta yang dibeli beliau adalah model R32. Dan ianya masih lagi disimpan sehingga ke hari ini.

Melihatkan pemasangan bahan CF ke atas model R32 ini, satu perkara yang pasti adalah pengurangan berat kereta yang lebih ringan. Kini berat keseluruhan R32 ini hanyalah 1,375 kilogram sahaja. Dan paling mencuri perhatian sudah tentulah penggunaan kit badan yang melebar di bahagian fender depan dan juga belakang.
Paling penting, kerja – kerja modifikasi yang dijalankan ini cukup kemas dan bersih. Yang pasti Garage Active masih mengekalkan garisan klasik badan R32 ini dan membolehkan juga rim 12J dan tayar 295/30 R19 dipasang tanpa sebarang masalah sekali gus memberikan penampilan yang lebih rendah dan garang.

Bahagian ruangan enjin RB 26 juga telah menerima kerja tingkat taraf seiring dengan penampilan luarannya termasuklah turbo baharu dari HKS. Sistem transmisi berjujuk dari OS Giken OS-88 turut digunakan. Khabarnya kini R32 ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,000 kuasa kuda.
Pemasangan rollcage dan tempat duduk Recaro RMS Carbon Fibre turut diberikan terhadap model ini. Dan paling menarik, keseluruhan kit badan CF ini boleh ditempah terus dengan Garage Active pada harga USD $ 29,163.96 (RM134,635.42). Untuk anda yang teringin melihatnya lebih dekat lagi, boleh hadir ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur tidak lama lagi.
BACA : PROJEK RESTORASI NISSAN SKYLINE GT-R R32 OLEH TOYOTA – BETUL KE NI?
BACA : NISSAN SKYLINE R32 HKS ZERO-R. HANYA EMPAT BUAH DI DUNIA! (+VIDEO








