Artikel Pilihan

SAKSIKAN VIDEO PERTAMA LAMBORGHINI REVUELTO TERLEPAS DI LITAR NURBURGRING – TAK PERLU ADA MUZIK LATAR LANGSUNG

Tiada video kereta di litar untuk kami buat masa sekarang yang mampu menandingi Lamborghini Revuelto terbaru. Sebab baru sangat susah nak dapat video panjang-panjang hypercar V12 hibrid ni tapi kali ni dah ada. Sekali terlepas terus dia masuk litar Nurburgring boh.

Sebelum ini memang ada spy video dimuat naik tapi ia dipandu dengan perlahan macam nak cari rumah sewa. Kali ini ia dipandu seolah-olah ingin memecahkan rekod baru di liter tersohor itu.

Lagi best bila video ini diambil seawal kereta tersebut tiba di litar dengan menggunakan trak pengangkut. Ia kemudian dilihat memasuki litar dengan diikut rapat oleh sebuah Lamborghini Urus. Mungkin bertindak sebagai sokongan kot?

Sebaik memasuki litar, ia mula menunjukkan belangnya dengan mengeluarkan potensi enjin NA V12 6.5 liter hibridnya. Dilihat sepintas lalu pun kami dapat mengesan yang kereta ini sangat stabil di selekoh laju dan kelihatan masih mencengkam walaupun keadaan permukaan litar agak bumpy. Raungan ekzosnya kedengaran jauh lebh baik berbanding Aventador (bukan bermaksud Aventador tak best okey cuma Revuelto ni lagi best).

Dilihat dari video ini juga, model halo Lamborghini ini dilihat lebih pantas dan lincah. Senang-senang je dia potong kereta lain termaksud model Lambo sendiri yang kemungkinan sedang diuji.

Catatan masa sepusingan dalam video ini tidak diketahui tapi kalau ia mempunyai 1,001 hp kuasa dengan bantuan tiga buah motor elektrik takkanlah ia lebh perlahan berbanding model sebelumnya. Kalau tak mana berani Lamborghini buat dakwaan kereta ini mampu capai kelajuan dari 0-100 kmj hanya dalam masa 2.5 saat.

Harganya masih belum didedahkan tapi kalau bagitahu pun bukannya korang boleh beli. Semua dah sold out. Tunggu je lah lepas ni kalau-kalau ada pemilik yang nak jual second hand. Boleh juga guna untuk buat content isi minyak, isi duit dan macam-macam lagi yang tak perlukan akal yang genius.

Google ads
Back to top button