Buletin

NISSAN TERUS BERINOVASI MELALUI SISTEM PEMANDUAN e-POWER – BAKAL LANCAR MODEL BAHARU SUKU KEEMPAT 2024

Sebagai pengeluar pertama di dunia mempelopori pengeluaran kenderaan elektrik (EV) secara besar-besaran, Nissan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pembangunan penyelesaian mobiliti yang memenuhi keperluan pasaran global.

Dengan pengalaman meluas dalam teknologi EV, Nissan terus menginovasikan masa depan automotif melalui pelancaran sistem pemanduan e-POWER yang serba canggih.

Inspirasi daripada Nissan LEAF Asal

Pada tahun 2010, Nissan memperkenalkan generasi pertama kenderaan elektrik sepenuhnya, Nissan LEAF, yang menjadi asas kepada perkembangan EV moden.

LEAF bukan sahaja merintis teknologi canggih seperti bateri litium-ion dengan struktur sel berlamina dan penyejukan lebih baik, tetapi juga memperkenalkan pek bateri yang dipasang di bawah kenderaan untuk pengagihan berat lebih seimbang.

Ini adalah langkah besar dalam industri automotif, dan LEAF kekal sebagai ikon dengan lebih daripada satu juta unit terjual di seluruh dunia tanpa insiden bateri kritikal.

Kejayaan e-POWER dan Peranan Jurutera GT-R

Menyusul kejayaan LEAF, Nissan melancarkan sistem pemanduan e-POWER pada 2016 melalui model Nissan Note e-POWER di Jepun.

Berbeza dengan hibrid konvensional, e-POWER adalah sistem di mana motor elektrik memacu sepenuhnya roda kenderaan, manakala enjin pembakaran dalaman kecil berfungsi sebagai penjana untuk mengecas bateri.

Ini memberikan pengguna pengalaman pemanduan elektrik tanpa kebimbangan mengenai jarak pemanduan atau keperluan mengecas, sambil mengekalkan kecekapan bahan api yang tinggi.

Untuk memastikan prestasi sistem ini, Nissan melibatkan Naoki Nakada, bekas ketua jurutera trenkuasa R35 GT-R, dalam pembangunan e-POWER.

Nakada menyatakan bahawa cabaran utama adalah untuk menyeimbangkan penggunaan elektrik dengan penjanaan kuasa serta memastikan operasi enjin yang efisien.

Hasilnya adalah sistem pemanduan, menggabungkan keseronokan memandu dengan prestasi tinggi, yang kini menjadi pilihan utama pengguna di Jepun.

Masa Depan e-POWER di Malaysia

Sebagai tonggak utama strategi elektrifikasi Nissan, sistem e-POWER terus menerima penambahbaikan berterusan.

Nissan sedang berusaha untuk menyeragamkan komponen utama antara model EV dan e-POWER, dengan matlamat mengurangkan kos pembuatan sehingga 30 peratus menjelang 2026.

Di Malaysia, Nissan merancang untuk melancarkan model e-POWER baharu pada suku keempat 2024, membuka lembaran baharu dalam mobiliti elektrik yang lebih efisien dan mesra alam.

Sistem pemanduan e-POWER ini bukan sahaja menawarkan prestasi dan kecekapan yang cemerlang, tetapi juga memainkan peranan penting dalam peralihan ke arah mobiliti lebih hijau serta neutral karbon.

Google ads
"
"
Back to top button