Artikel Pilihan

VOLVO XC90 – PENYELAMAT VOLVO SEWAKTU BADAI MELANDA

Volvo XC90 memang diakui seluruh dunia sebagai sebuah SUV saiz pertengahan yang hebat. Cuma ramai taj tahu yang XC90 ini memang berjasa besar kepada Volvo. Ia bertanggungjawab membawa masuk keuntungan kepada Volvo ketika mereka dalam kesempitan dan lebih penting lagi memastikan Volvo terus berdaya saing dan kekal relevan dalam atlas automotif dunia.

Pembangunan SUV flagship ini berjaya meningkat hasil jualan Volvo bukan sekali tapi dua kali. Hebat tak? Sebab tu la abang pilih kereta ni. Tak nampak berlagak sangat sebab ini Volvo. Ko guano?

Generasi pertama XC90

Bayangkan pada penghujung abad ke 90, masa depan Volvo sebagai pengeluar automotif agak goyah. Ia menyebabkan pengurusan tertinggi Volvo ketika itu memutuskan untuk menjual sebahagian kepentingan pengeluaran dan lebih fokus kepada pengeluaran kenderaan komersil.

Volvo Group kekal menjadi milik Sweden dan berfokuskan kenderaan komersil. Volvo Cars pula berada di bawah naungan Ford dengan nilai perolehan USD6.45 billion. Di bawah naungan Ford, Volvo mengembangkan lagi pengeluaran mereka dengan pengenalan Volvo S60, V70 dan XC70. Jualan mereka ketika itu sedikit meningkat di AS tapi menurun 40 peratus di Eropah. Volvo turut menarik diri dari perlumbaan kereta akibat kekangan kewangan ketika itu.

Satu masalah Volvo ialah ia tidak mempunyai model yang menarik minat semua golongan. Kekuatan model mereka hanyalah kerana reputasi keselamatan mereka. Ya macam nak cari isteri juga, memang kita mahu pilihan yang selamat tapi rupa paras pun penting juga bang.

Dengan kebangkitan segmen SUV mewah Volvo akhirnya mendapat satu idea. SUV mewah versi mereka sendiri dengan hala tuju baharu tapi masih dengan DNA keselamatan mereka.  Akhirlah lahirlah XC90 generasi pertama pada tahun 2003.

Ia berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij pada tahun tersebut dan berjaya terjual sebanyak 1,143 unit di Eropah. Tahun berikutnya angka tersebut melonjak ke 17,587 uunit!

Jualan juga meningkat berikut pengaruh reviu oleh Jeremy Clarkson yang sangat meminati model. Lima kali mamat tu CX90 ni baii. Kenapa? Sebab masa tu taka da SUV lain seumpama XC90 ni.

Jualan tahun berikutnya terus meningkat sehingga 30 peratus sekaligus memberikan keuntungan yang bukan sedikit kepada Volvo. Jualan pada tahun 2005 XC90 adalah sebanyak 114,457 di Eropah sahaja.

Generasi Kedua XC90

Kalau ada yang menyangka sejarah tidak mungkin berulang Volvo mungkin berjaya menyangkal dakwaan tersebut. Ini kerana generasi kedua sekali lagi berjaya menyelamatkan Volvo dalam keadaan pasaran yang agak tepu untuk model-model mereka.

Macam mana tak tepu, korang tengok la sendiri rupa generasi kedua S60. Rasanya generasi pertama jauh lagi. Macam Proton Persona jugak la (jangan marah deh). Generasi kedua mengekalkan ciri versatil XC90 dan cukup sesuai untuk kegunaan sekeluarga.

Nampaknya walaupun pengurusan bertukar dari AS ke China, kekuatan aura XC90 ni masih lagi tidak berkurangan. Anugerah yang diterimanya pun boleh tahan lebih-lebih lagi dari aspek keselamatan. Kini ia sudah semakin canggih berbanding generasi pertama namun ia masih mempunyai auranya sendiri walaupun banyak pengeluar lain turut mengeluarkan SUV mewah mereka sendiri.          

Google ads
Back to top button