Artikel Pilihan

OMEGA 1, ENJIN ROTARI GENERASI BARU?

Astreon Aeronautics iaitu sebuah syarikat yang memberi fokus kepada kajian dan pembangunan industri penerbangan telah menghasilkan satu enjin pembakaran dalam yang baru dengan menggunakan konsep yang seakan sama dengan operasi enjin wankel atau rotari.

Berbeza dengan konsep enjin rotari yang menggunakan satu rotor yang melakukan 3 tugas dalam satu masa (ambilan udara & mampatan, pembakaran dan ekzos) Astreon memisahkan semua proses kepada 2 rotor. Satu rotor melakukan proses ambilan udara dan mampatan manakala satu lagi rotor melakukan proses pembakaran dan ekzos.

Kedua dua rotor ini akan disambung dengan “pre-combustion chamber” yang bertindak menerima udara dan bahan api dimampatkan, sebelum memindahkan campuran ini kepada rotor kedua menerusi “rotary valve”. Walaupun nampak agak pelik, jika anda perhatikan video yang diberikan maka anda akan faham bagaimana proses ini berlaku

Proses pembakaran akan dimulakan dengan palam pencucuh dan bagi membantu pembakaran berlaku dengan sempurna terdapat 2 unit palam pencucuh akan dipasang dengan palam pencucuh kedua dinyalakan lambat sedikit bagi membantu proses perebakan pembakaran (flame propagation) berlaku.

Secara asasnya enjin ini datang dengan 2 chamber, 2 rotor utama, 1 injap yang berputar dan kedudukan “pre-ignition chamber” adalah tetap. Dengan bantuan proses penghasilan kaedah machining, enjin ini tidak memerlukan “Apex seal” bagi memastikan semua gas beredar dengan baik

Disebabkan ia direka oleh Astreon Aeronautics maka enjin ini sangat ideal untuk digunakan bagi enjin pesawat penerbangan dengan beberapa kelebihan seperti:

1. Sangat ringan dengan berat sekitar 15kg sahaja tapi berupaya menghasilkan 160 kuasa kuda dan 230Nm tork

2. Enjin melahu 1000 RPM dan boleh diperah sehingga 25,000 RPM sebab ia beroperasi dalam bentuk putaran

3. Sejukan udara, kurang komponen dan minyak pelincir hanya perlu ditukar setiap 50,000km

4. Kecekapan haba 60%, kecekapan mekanikal 90% dan kehilangan kuasa akibat parasitic lost dikurangkan sehingga 70%

5. Pembakaran berlaku secara sempurna, hanya membebaskan air, gas karbon dioksida dan tiada gas Nitrogen Oksida dibebaskan

Google ads
Back to top button