
OMODA 9 SHS KINI MULA DIJUAL DI UK. DEFINASI SEBENAR UNTUK SEBUAH SUV PLUG-IN PREMIUM TANPA HARGA YANG PREMIUM
Model SUV perdana baharu Omoda, Omoda 9 SHS kini sahih akan dijual di seluruh UK, dengan aras harga bermula daripada £44,990 (RM258,371). Model Omoda 9 SHS ini menggabungkan prestasi hibrid termaju dengan reka bentuk halus dan kemewahan yang senyap, pacuan semua roda sekali gus memberikan aras tanda baharu dalam segmen SUV hibrid plug-in premium.
Jenama Omoda kini semakin mendapat tempat dan berkembang pesat di UK apabila terdapat lebih daripada 74 pengedar Omoda di seluruh UK.
Dan model Omoda 9 SHS ini mendapat pujian disebabkan spesifikasi yang ditawarkan serta menggabungkan prestasi yang diperhalusi dengan teknologi pintar dan kecekapan yang mengagumkan. Sistem hibrid pengecasan sendiri termaju – yang turut menawarkan plug-in dengan mempunyai julat WLTP lebih 700 batu, termasuk sehingga 93 batu dalam mod elektrik sepenuhnya. Pelepasan CO₂ serendah 38 g/km, manakala jumlah output maksimum mencapai 449 PS dan 700 Nm. Ini membolehkan Omoda 9 SHS ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat sahaja.

Omoda 9 SHS ini menampilkan Dedicated Hybrid Transmission, tiga kelajuan, pacuan semua roda pintar dan suspensi elektromagnet. Bunyi kabin dikurangkan kepada hanya 45.8 dB pada kelajuan bandar hasil daripada penggunaan kaca akustik dan tayar akustik yang direka khas.
Bahagian kabin Omoda 9 SHS ini menampilkan ciri standard termasuk sistem kamera panoramik 540 darjah, pembersihan udara kabin, bumbung suria panoramik, tempat duduk lengkap dengan fungsi pemanasan dan berventilasi untuk empat penghuni, dan juga sistem bunyi sekeliling SONY 14 pembesar suara premium. Paparan HD melengkung 24.6-inci, pencahayaan ambien dan tempat duduk belakang bersandar secara elektronik melengkapkan kabin yang direka untuk menampilkan yang lebih mewah dan premium.

Menurut Victor Zhang selaku Pengarah Omoda UK berkata ianya adalah suatu pencapaian dan peristiwa yang penting buat jenama itu yang menawarkan kejuruteraan pintar, reka bentuk elegan dan juga teknologi hibrid dan paling penting ditawarkan dengan tanda harga yang bukan premium.
Menawarkan kehalusan, kualiti, teknologi dan keselamatan SUV premium besar dengan kos alternatif bersaiz sederhana, OMODA 9 SHS kini tersedia melalui rangkaian peruncit OMODA&JAECOO UK dan turut ditawarkan dengan jaminan tanpa had perbatuan untuk tiga tahun pertama serta jaminan bateri selama lapan tahun.
BACA : JAECOO KINI DIKENALI SEBAGAI OMODA ꟾ JAECOO. TIDAK PERLU KONFIUS LAGI
BACA : “2 YEARS 2GETHER”: OMODA & JAECOO MELANGKAH KE ERA BAHARU



