
ONITSUKA TIGER REKA KASUT 500 SERIES SHINKANSEN – HARGA BERMULA RM1.4K
Pengeluar kasut terkenal, Onitsuka Tiger baru-baru ini menjalinkan kerjasama bersama jenama pelancongan, Hyogo Terrior Tabi serta syarikat kereta api Jepun, Shinkansen untuk mengeluarkan siri kasut eksklusif.
Onitsuka Tiger mereka bentuk kasut siri khas Shinkansen berdasarkan model Onitsuka Mexico 66 GDX termasuk tampil dengan beberapa butiran baharu.
500 series Shinkansen didatangkan dengan pilihan warna asas iaitu putih, kuning serta menampilkan aksen biru selain padanan kilauan perak.

Sudah tentu ia akan menarik perhatian peminat kereta api terutamanya butiran kecil, termasuk imej pelan tempat duduk gerabak turut diletakkan pada kasut.
Selain itu, semua kasut ini diperbuat daripada kulit lembu Kobe yang disiapkan menggunakan teknik tradisional di Himeji dan lebih menarik, kemasan mutiara pada setiap kasut menyerlahkan lagi karakter 500 series Shinkansen.
Setiap kasut didatangkan bersama kotak khas, lengkap dengan beg jinjing dan anda boleh memiliki kasut Onitsuka Tiger 500 series Shinkansen pada harga AS$313.74 (RM1,444) bermula 1 Julai ini.
GALERI:







- BACA: NISSAN X NEW BALANCE – HASILKAN NISSAN KICKS 327 EDITION, NAMPAK MACAM KASUT GERGASI!
- BACA: ASICS HASILKAN KASUT SUKAN DARI BEG UDARA KITAR SEMULA – BIJAK SUNGGUH
- BACA: KASUT RODA ELEKTRIK – MAMPU CAPAI 25KM/J, 20KM SEKALI CAJ, BERMULA RM2,580
- BACA: KAWASAKI, ADIDAS KELUAR KOLEKSI KASUT NINJA. PAKAI KULIT KANGGARU, HARGA BERMULA RM558





