Buletin

NISSAN X NEW BALANCE – HASILKAN NISSAN KICKS 327 EDITION, NAMPAK MACAM KASUT GERGASI!

Nissan menjalin kerjasama dengan New Balance untuk menampilkan kasut New Balance 327 pada Nissan Kicks e-Power 4WD. Penampilan tersebut membuatkan SUV itu kelihatan seperti kasut New Balance 327 gergasi.

Kemasan unik itu dipasang pada bahagian bumbung Nissan Kicks dengan kolar kasut serta tali putih dan logo New Balance terpampang di bahagian kanan. Bahagian kiri pula menampilkan jenama Nissan Kicks 327 Edition.

Tuah ayam nampak di kaki, mungkin tuah peminat, nampak di SUV berbalut tekstur fabrik suede ini, di mana peminat boleh mendapatkan Nissan Kicks melalui peraduan khas.

Sesiapa yang merakam foto Nissan Kicks di atas jalan raya di Jepun boleh berkongsi di Twitter dan pemenang akan menerima Nissan Kicks e-Power 4WD spesifikasi JDM sebenar.

Harus tahu bahawa hanya terdapat satu unit sahaja Nissan Kicks dengan kemasan New Balance 327. Nissan juga akan memberikan sepasang kasut New Balance 327 kepada beberapa pengikut bertuah dengan hanya mengulang ciap hantaran rasmi Nissan.

Pelanggan boleh mengunjungi kedai New Balance di Ginza, Tokyo untuk mendapatkan pelekat yang boleh ditukarkan dengan secawan macchiato percuma di Crossing Café Nissan.

Google ads
Back to top button