Buletin

PORSCHE CAYENNE S COUPE – MENGGIURKAN BETUL

Selain daripada segmen kereta sport, Porsche juga nampaknya terus yakin dengan segmen SUV sport yang telah pun mereka serta lama dahulu melalui pengenalan model Cayenne. Dan kini mereka sekali lagi bersedia untuk meneruskan legasi SUV sport menerusi varian baharu, Porsche Cayenne S Coupe.

Secara teknikal sudah rupa bentuk generasi baharu Porsche Cayenne ini kelihatan lebih segar dan paling penting tetap dengan imej sporty. Perubaan baharu ini meliputi bahagian bampar depan dan belakang belakang, lampu utama, dan paling penting sudah tentu bahagian pilar belakang yang telah diubah untuk menjadikannya sebuah coupe yang sporty.

Sama seperti varian standard Cayenne dan Coupé berkongsi reka bentuk yang serupa di bahagian hadapan kenderaan. Dengan cermin hadapan yang lebih datar dan sudut tiang A yang lebih tajam, Coupé kelihatan lebih atletik dan menumpukan kepada prestasi dengan perubahan reka bentuk di bahagian hadapan, aksen baru di bahagian belakang, dan belakang yang lebih lebar.

Lampu utama Cayenne mencerminkan garis-garis sayap dan memiliki posisi yang lebih horizontal dan curam di bagian depan kendaraan dibandingkan dengan Cayenne sebelumnya. Paling penting kini ianya menggunakan jenis LED Matrix.

Saluran udara yang lebih besar di bahagian hadapan juga memberikan penampilan yang lebih berani . Dua bar hitam horizontal dengan inlay berwarna pada bagian depan menambah penekanan pada lebar kendaraan. Dengan perhatian yang besar terhadap detail, lampu depan telah terintegrasi ke dalam bilah atas.

Menyerlahkan lagi penampilan luaran adalah penggunaan rim aloi ringan berdiamter 20 inci yang ditawarkan sebagai standard kepada pengguna.

Bahagian kabin Coupe ini menampilkan ciri – ciri yang dipinjam daripada model Taycan termasuklah kluster instrumen digital dengan reka bentuk melengkung, dengan pilihan paparan yang boleh disesuaikan berserta dengan konsol tengah yang direka semula,

Paparan beresolusi tinggi di bahagian tengah bersaiz 12.3 inci merupakan nadi untuk Porsche Communication Management (PCM) yang berfungsi untuk memaparkan info penting seperti navigasi. Paling menarik di hujung untuk penumpang turut tersedia paparan skrin untuk penumpang. Dan penumpang pun boleh melayan sebarang video tanpa mengganggu pemandu akibat pancaran cahaya apabila ianya turut dilapisi dengan filem istimewa.

Dan untuk varian Coupe ini, ciri bumbung panorama ditawarkan sebagai standard. Dan fungsi mengurut serta pengudaraan untuk tempat duduk di hadapan dan belakang turut ditawarkan sebagai pilihan buat pengguna. Bagi menghiburkan penumpang, ianya didatangkan dengan Sound Package Plus bersama 10 speaker. Jika mahukan lebih, sistem bunyi daripada BOSE® Surround Sound System turut boleh dipesan.

Kini, trenkuasa daripada enjin 4.0 liter V8 biturbo yang lebih berkuasa telah dipilih untuk menggerakan varian S Coupe ini. Kuasanya juga telah meningkat kepada 474 PS dan 600 Nm. Ianya mampu memecut sehingga 273 km/j maksimum. Lebih laju berbanding model standard yang hanya mampu memecut setakat 248 km/j sahaja.

Dan tahukah anda bahawa terdapat varian  Cayenne E-Hybrid Coupe. Fuh!

BACA : PORSCHE CAYENNE 2023. SKRIN MELENGKUNG, EKZOS TITANIUM, PILIHAN ENJIN 4.0 V8 650HP

BACA : SEGALANYA TENTANG PORSCHE CAYENNE GENERASI PERTAMA

Google ads

B K

Back to top button