
ORE KELATE TAK SABAR NAK BIDA NOMBOR PENDAFTARAN ‘DEH’
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka membuka bidaan bagi siri nombor pendaftaran ‘DEH’ tidak lama lagi. Ia dilihat sebagai sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Siri nombor pendaftaran DEH mungkin kedengaran biasa bagi orang lain tapi sebenarnya ia amat-amat dinanti oleh ‘ore kelate’.
Istilah deh mengikut wikiwand.com adalah sejenis bunga bahasa yang kerap dituturkan masyarakat Kelantan dalam perbualan mereka seharian.

Deh bermaksud baik atau okey dan ia biasanya dituturkan di belakang sesuatu ayat samada untuk memohon restu atau persetujuan.
Sebagai contoh: “Pakat mari deh (Nanti datang okey?… atau bo wak gitu deh (Jangan buat macam tu lagi okey?.
Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook JPJ hari ini, siri nombor pendaftaran itu akan dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 17 hingga 21 Mac dan tarikh keputusan bidaan pula akan diumumkan pada 22 Mac depan.
Bidaan siri nombor berkenaan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid), https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/ – KOSMO! ONLINE
- BACA: BOLEH LAPOR TERUS KALAU JUMPA NOMBOR PLAT FANCY – JPJ
- BACA: INDONESIA SELARASKAN PLAT KENDERAAN. CHIP RFID UNTUK TOL, PENGUATKUASAAN & BAYARAN PARKIR ELEKTRONIK
- BACA: SINDIKET GUNA PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL KERETA KLON. HARGA TAK MASUK AKAL BAWAH RM20,000
- BACA: WALAUPUN BERBAUR SEKSIS, JPJ TETAP AKAN TERUSKAN NOMBOR PLAT BRA