Buletin

SMART #1 BRABUS RASMI DIPERKENALKAN DI MALAYSIA, 422HP, HARGA SEKITAR RM250K

Smart #1 versi Brabus hari ini secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Dari segi dimensi, Smart #1 versi Brabus mempunyai ukuran sepanjang 4,270 mm, 1,822mm (lebar), 1,636mm (tinggi) sementara jarak roda diletakkan 2,750mm.

Untuk rekod, ia memiliki ruang simpanan bagasi dari 273 liter hingga 411 liter dan kerusi belakang boleh dianjak depan sehingga 13cm serta boleh dipisah secara 60:40.

Pilihan warna bagi smart #1 versi Brabus adalah seperti berikut:

  • Atom Grey Matte, Meta Black, Cyber Silver (bumbung Radiant Red)
  • Digital White, Laser Red, Cyber Silver (bumbung hitam)
  • Atom Grey Matte (bumbung warna badan)

Di dalam kabin, ia menampilkan ciri minimalis serta rekaan premium seakan kenderaan Mercedes-Benz. Antara kelengkapan lain ialah skrin infotainment 12.8-inci dengan piksel 1920 x 1080, set audio premium yang terdiri daripada modul amplifier dan 13 pembesar suara termasuk subwoofer.

Perincian lain termasuklah kluster digital definisi tinggi (HD) penuh bersaiz 9.2-inci dan Paparan Atas (HUD) 10-inci.

Selain itu, ia juga menggunakan kaedah penukaran gear seperti Mercedes-Benz selain, dilengkapi dengan lampu ambien 64 warna.

Bagi versi Brabus, ia diserlahkan menerusi kemasan garisan merah, tempat duduk sport berwarna hitam, tali pinggang keledar warna merah, sementara logo Brabus diletakkan di tempat letak kepala dan rim aloi Dynamo 19-inci.

Untuk keselamatan, Smart #1 Brabus dimuatkan bersama tujuh beg udara serta dilengkapi pakej ADAS seperti berikut:

  • Kawalan jelajah adaptif dengan fungsi Henti & Mula.
  • Sistem pengekalan laluan aktif.
  • Bantuan titik buta.
  • Bantuan lebuh raya dan kesesakan jalan raya.
  • Bantuan parkir automatik.
  • Bantuan lampu puncak adaptif.

Beralih kepada kuasa, smart #1 Brabus dijana oleh motor elektrik berkembar, menghasilkan 422hp, tork 543Nm dan menawarkan jarak gerak 535km.

Tempoh pengecasan 10 peratus hingga 80 peratus hanya menelan masa kurang daripada 30 minit menerusi pengecasan pantas DC 150kW.

Untuk harga pula, ia dijangka diberi tanda harga sekitar RM200,000 hingga RM250,000.

GALERI:

Google ads
Back to top button