Artikel Pilihan

OVAL RACING DIPERKENALKAN PERTAMA KALI DI MALAYSIA SEMPENA 2020 LIQUI MOLY US LEGEND CHAMPIONSHIP

Perlumbaan litar berbentuk oval ala NASCAR bakal diadakan untuk pertama kalinya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Liqui Moly US Legend Championship 2020. Perlumbaan sebanyak enam pusingan tersebut akan berlangsung di T-City Gopeng Motor Speedway, Perak yang merupakan satu-satunya litar berbentuk oval di Malaysia.

Perlumbaan menampilkan kelas Arrive-and-Drive Legeng Car untuk pelumba amatur dan professional manakala kelas Bandolero pula khusus untuk kanak-kanak dalam linkungan umur 8 hingga 15 tahun.

Perlumbaan seumpama ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 tetapi inilah kali pertama kelas Legend Car dan Bondelro diperkenalkan dalam perlumbaan penuh.

Penerimaan peminat sukan motor terhadap perlumbaan oval memang sangat menggalakkan dari dua tahun lepas dan ia turut menarik minat ramai pelumba tidak kira usia. Ia bukan hanya mencabar tetapi pada masa yang sama juga menghiburkan, jelas Ben Tan, penaung kepada US Legend Cars Malaysia. Menurut beliau ia juga langkah pertama jika seorang pelumba ingin menceburi perlumbaan oval kelas tinggi seperti NASCAR.

Mungkin perlumbaan seperti ini baharu berusia setahun jagung di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain tetapi dalam masa dua tahun pengenalannya ia telah memberikan pengalaman dan membuka mata pelumba-pelumba Malaysia tentang konsep perlumbaan oval yang menggunakan litar yang lebih pendek berbanding perlumbaan lain.

Gopeng Motor Speedway ialah litar khusus yang menawarkan kemudahan untuk perlumbaan oval yang lengkap dengan segala kelengkapan sokongan. Ia bukan hanya sesuai untuk perlumbaan tetapi juga sebagai sebuah akademi perlumbaan tetapi juga sebagai tempat membangunkan pasukan perlumbaan. Ujian jentera perlumbaan juga sesuai diadakan di sini.

Kos perlumbaan oval juga dikatakan jauh lebih berpatutan berbanding perlumbaan lain sekaligus bakal mengalakkan penyertaan pelumba-pelumba dan pasukan baharu untuk bertanding.

Kelas Legend Car akan dibahagikan kepada tiga kategori seperti novis, nasional dan antarabangsa manakala kelas Bondelero pula adalah khusus untuk pelumba novis. Buat masa sekarang perlumbaan ini telah menarik minat pelumba-pelumba dari Malaysia, Australia, China dan Hong Kong.

Kelas Legend Car arrive-and-drive akan menyaksikan pelumba menggunakan jentera yang sama dengan berat minima 590 kg dan dikuasakan enjin FJ1200 Yamaha dengan 132 bhp kuasa maksima. Kelas Bondelero kanak-kanak pula menggunakan jentera yang lebih ringan dengan enjin yang mampu menjana 30 bhp kuasa. Nisbah kuasa ke atas berat jentera perlumbaan ini akan membuatkannya jauh lebih laju dan lincah berbanding kereta sedan biasa bakal menjadikan perlumbaan ini lebih menarik.

Pusingan pertama perlumbaan ialah pada 13 Mac ini dan diikuti pusingan kedua pada 17-18 April. Ia berlansun sebanyak 6 pusingan dan pusingan akhir pada hujung tahun nanti.

Tags
Google ads
Back to top button