Artikel Pilihan

PERKUBURAN KERETA LUMBA DALE EARNHARDT JR

Apa perasaan kita bila berada di kawasan perkuburan? Seram? Insaf? Ataupun memang anda peminat siri drama Tanah Kubur. Itu perkuburan untuk manusia. Kali ini kami bawakan kawasan perkuburan rahsia milik pelumba Nascar ternama Amerika, Dale Earnhardt Jr. yang mengumpul kereta-kereta lumba yang rosak di satu kawasan hutan milik keluarga beliau.

Bila dilihat dalam video ini, idea Dale agak menarik di mana kereta-kereta lumba rosak ini dibiarkan begitu sahaja di dalam hutan Amerika yang subur menghijau. Ia masih mempunyai tarikan tersendiri apabila melihat kereta-kereta yang masih lengkap dengan pelekat-pelekat penaja berwarna-warni.

Kalau rasa nak pergi rembat alat-alat ganti tu lupakan sahaja. Sebab awal-awal lagi mereka dah togelkan kereta ini termasuklah enjinnya sekali.  Apa yang tinggal cumalah casis dan panel badan.

Sebagai peminat kereta sejati, Dale tentu sahaja lebih suka mengekalkan kereta-kereta ini dalam keadaan asal berbanding menghantarnya ke tempat kitar semula, di mana ia akan dimusnahkan menjadi seketul besi buruk.

Ia merupakan hobi rahsia Dale yang kini didedahkan untuk pengetahuan umum. Sudah beberapa tahun beliau mengumpul dan menempatkan kereta-kereta lumba rosak ini di kawasan hutan Dirty Mo Acres, Carolina Utara.

BACA: SEBASTIAN OGIER JUARA WRC VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

Bagi peminat Dale, perkuburan kereta lumba itui memang sudah diketahui ramai. Bahkan Street Muscle pernah merakamkan kawasan sekitar perkuburan ini pada tahun 2013. Semestinya jumlah koleksi kereta yang ada di sana semakin bertambah sejak empat tahun lalu.

Kini video terbaharu yang dirakam oleh JR Motorsport menunjukkan kepada kita bagaimana proses ‘pengebumian’ ini dijalankan. Ia tidaklah sesukar mana kerana peralatan yang diperlukan hanyalah sebuah lori pengangkut flat-bed, tali pengikat, sebatang pokok yang tegak berdiri dan fork-lift berdasarkan keperluan.

BACA: PORSCHE CARRERA DENGAN ENJIN V8 AMERIKA

Konsep yang diilhamkan oleh Dale ini sebenarnya cukup menarik kerana ia lebih kepada unsur seni dan bakal menjadi nostalgia buat peminat Nascar. Kalau ada modal rasanya kami pun akan buat satu kawasan khusus untuk model-model kereta yang pernah kami miliki. Buat permulaan rasanya Tiara Hibrid Abang Japar memang sesuai untuk menjadi penghuni kubur kereta yang pertama. Kalau korang semua ada cadangan model lain yang mahu ditambah, sila komen secara berjamaah di bawah ni.

Google ads
Back to top button