Buletin

PAKEJ GILA: HAVAL TAWAR JAMINAN 7 TAHUN TANPA HAD

èHaval Malaysia kini menawarkan pelbagai insentif menarik buat bakal pembeli Haval M4 bermula sekarang hingga 31 Disember 2016.

Antara insentif tersebut adalah jaminan produk sehingga 7 tahun tanpa had perbatuan. Setakat ini, Haval M4 merupakan satu-satunya jenama kenderaan yang menawarkan jaminan sebegitu. haval-m4-incentive-mekanika-2 Haval Malaysia turut memberikan insentif tunai tanpa mengira jenis kenderaan bagi menampung baki susut nilai jual beli semula kereta anda sedia ada. Malah, nilai insentif yang sama itu boleh dijadikan bayaran muka pembelian Haval M4. “Kami bersedia untuk memudahkan proses pinjaman bank buat mereka yang menghadapi kesukaran berbuat demikian,” kata Pengarah Eksekutif GO Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal. Selain itu, Haval Malaysia turut menawarkan tiga pilihan insentif menarik buat bakal pemilik Haval M4:

  • Bayaran insurans tahun pertama dan tiga bulan ansuran bank secara percuma; atau
  • Servis percuma lima tahun atau 100,000km (yang mana satu tiba dahulu); atau
  • Naik taraf Haval M4 Comfort kepada varian Premium.

Haval M4 ialah SUV segmen-B yang dijana oleh enjin empat silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp dan tork 138Nm. Ia menggunakan sistem pacuan roda depan dan didatangkan dengan transmisi manual 5 kelajuan atau AMT 6 kelajuan. haval-m4-incentive-mekanika-3 Varian Haval M4 Comfort berharga RM53,008 (MT) dan RM60,017 (AT). Manakala Haval M4 Premium berharga RM59,839 (MT) dan RM65,852 (AT). Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans. Terbaru, Haval Malaysia memperkenalkan Haval M4 Elite pada harga RM72,659 bersama ciri lampu depan halogen dan barisan LED. Ciri LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus. Terdapat enam pilihan warna iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button