Buletin

HYUNDAI GRAND STAREX ROYALE FACELIFT – RM168,888

MPV kegemaran keluarga besar, Hyundai Grand Starex Royale telah menerima penambahbaikan agar penampilannya lebih menarik perhatian.

Perubahan kosmetik paling ketara pastinya gril krom hadapan yang kelihatan begitu garang. bampar hadapan turut dipasang dengan sepasang lampu kabus. Sementara bahagian belakang pula diserlahkan menerusi perumah lampu berwarna hitam.

hyundai-grand-starex-royale-facelift-2017-mekanika-1

Hyundai mula memasarkan Grand Starex Royale pada tahun 1997 dan dijual di pasaran tempatan setahun kemudian.

Grand Starex Royale terus menggunakan khidmat enjin diesel CRDi bersama sistem Variable Geometry Turbocharger (VGT) dan turbo intercooler. bersesaran 2.5 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 170PS dan tork 392Nm pada 2,000 hingga  2,500rpm.

Ciri keselamatan standard yang ada pada MPV itu termasuklah Cruise Control, Safe Drive Recorder dan Electronic Stability Programme (ESP).

Grand Starex Royale 2017 ditawarkan pada harga RM168,888 seunit (di atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Ia didatangkan dalam beberapa pilihan warna seperti putih, hitam dan perak.

Google ads
Back to top button