,
Buletin

BELI PEUGEOT 108, DAPAT 2 PASANG RAY-BAN PERCUMA… DI UK

Peugeot menjalin kerjasama dengan pengeluar cermin mata terkenal, Ray-Ban untuk menawarkan dua pasang cermin mata hitam percuma sepanjang musim panas kali ini. 

Cermin mata itu akan diberikan kepada pelanggan yang menempah model Peugeot 108 atau 108TOP!  sehingga 30 September depan.

Pelanggan boleh memilih daripada dua bingkai dan empat gayaan cermin mata Ray-Ban iaitu Aviator, Clubmaster, New Wayfarer dan Round Metal.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli varian 108 TOP! pula akan mendapat penjimatan sebanyak £1,000 (RM5,130). Peugeot 108 ditawarkan pada harga bermula £11,935 (RM61,217) untuk varian Active.

Antara ciri standard yang ada ialah lampu nyalaan siang LED, skrin sentuh bersaiz 7 inci,  Mirror Screen dengan MirrorLink, Apple CarPlay dan Android Auto. 

Varian Allure pula berharga £13,340 (RM68,419). Ia didatangkan dengan ciri-ciri seperti sistem kunci pintar, kamera undur, rim aloi bersaiz 15 inci dan bumbung berwarna hitam.

Manakala varian Collecion yang berharga £13,990 (RM71,763) dilengkapi ciri tambahan seperi pendingin hawa automatik dan kemasan dalaman berwarna. 

108 dikuasakan oleh enjin petrol 1.0 liter yang mematuhi piawaian Euro6. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau semi automatik lima kelajuan. 

Tags
Google ads
Back to top button