Modifikasi

TOYOTA COROLLA WAGON ENJIN NISSAN

Apabila berbicara tentang modifikasi kereta lama atau klasik, ada bermacam-macam cara untuk menilainya. 

SONY DSC

Ada yang mengubah suai kereta lama untuk dijadikan bahan pameran dan keluar sekali-sekala untuk menyertai pertandingan auto show. Ada juga yang amat taksub dengan satu jenama atau satu model kereta sahaja dan tak akan join geng-geng kereta lama lain untuk lepak sekali.

Ada pula golongan yang menggunakan kereta klasik untuk pemanduan harian dan melayannya macam kereta biasa. Walaupun hakikatnya kereta mereka agak luar biasa.

SONY DSC

Corolla Wagon berwarna hijau gelap ini mungkin dimiliki oleh golongan ketiga yang saya nyatakan tadi. Kereta klasik ini berada dalam kategori yang saya boleh katakan sebagai tidak buruk dan tidak pula terlalu sempurna. Melihat pada kondisi dan tahap kebersihan kereta, aku yakin kereta ini sering dipandu di atas jalan raya dan bukannya diselimut di dalam garaj.

Kereta ini milik Wanboss, seorang mekanik dan pemilik Wanboss Garage. Maka tak hairanlah kalau kereta macam ini boleh digunakan sebagai kereta harian. Material yang digunakan untuk projek modifikasi ini boleh dikatakan agak unik sebab Wanboss menggunakan chasis Corolla KE70 Wagon, berbanding model sedan atau hatchback yang dah biasa kita tengok.

SONY DSC

Lagi unik ialah pemilihan enjin untuk kereta projek ini. Saya rasa anda semua sudah biasa tengok Corolla disumbat dengan enjin 4AGE Levin. Tetapi saya rasa jarang boleh tengok enjin Nissan SR20DET dimasukkan ke dalam body ini kan? Haa… Wanboss kiranya macam Rocky Auto di Jepun. Dia tak kisah dengan keaslian, janji enjin yang dimasukkan moden dan berkuasa tinggi.

Enjin yang diambil daripada half-cut Nissan Silvia S14 tak banyak diusik sebab dengan kuasa sedia ada sudah lebih daripada cukup. Ubah suai enjin lebih bersifat bolt-on dengan turbo standard AR60 digandingkan dengan sebuah wastegate external Turbosmart 38mm dan intercooler jenis front mount daripada A’PEXi. Injap blow-off A’PEXi turut dipasang. Pam bahan api diganti dengan pam bertekanan tinggi Walbro 288lph.

SONY DSC

Memandangkan enjin SR20 tak banyak diubah suai, kotak gear yang disalin daripada half-cut S14 dikekalkan. Klac pun standard. Tetapi sistem ekzos enjin perlu diubah suai.  Wanboss menggunakan paip ekzos custom saluran terus berdiameter 3  inci dengan peredam bunyi Nismo.

Wagon ini menggunakan spring jenis dedaun atau leaf spring di belakang.Dengan semangat modifikasi yang jitu, Wanboss berjaya memasang penyerap hentak boleh laras Tein untuk roda hadapan. Suspensi belakang pula ditambah penyerap hentak tidak boleh laras Tein dan lowering block untuk merendahkan kereta.

SONY DSC

Penampilan kereta ini memang menyerlah melalui rim Black Racing 15×9 inci dengan offset -20. Saiz itu memerlukan fender asal kereta diubah suai untuk memuatkan rim tersebut.

Rim gaya old skool tersohor itu kemudian dibalut dengan tayar Corsa bersaiz 195/55/15. Corolla Wagon dibekalkan dengan set brek 4 pot Nissan Silvia S14 pada bahagian depan dan brek gelendong standard Corolla di belakang.  

SONY DSC

Modifikasi luaran Corolla ini amat minimal, cuma lips depan (yang digelar bajak oleh geng-geng kereta lama) dan cermin sisi fender yang dipanggil tanduk.

Di bahagian dalaman, tempat duduk hadapan menggunakan Recaro dan Bride. Papan pemukanya yang masih standard dibekalkan dengan stereng Nardi. Bertenggek di atas stereng tersebut ialah meter boost Jack Knight (barang RX7).

SONY DSC

Kereta klasik macam ni semakin ramai yang sayang dan nak guna. Memanglah hendak beli kereta sebegini perlu ada wang tunai. Namun nikmat tidak berhutang dengan bank itu lebih bermakna.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button