Buletin

NAM BAKAL EKSPORT PEUGEOT 3008 & 5008 KE THAILAND

Peugeot dilapor telah melantik Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co., Ltd., (MGC-ASIA) sebagai pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan jenama Peugeot yang baru di Thailand.  

Majlis tandatangan pelantikan itu diadakan di Kedutaan Perancis di Bangkok dan disaksikan oleh Duta Perancis ke Thailand, Jacques Lapouge.

Jenama itu dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya lima model baharu di Thailand dalam masa beberapa tahun akan datang. Dua buah SUV iaitu Peugeot 3008 dan 5008 akan menjadi model pertama diperkenalkan di sana.  

Kedua-dua model tersebut dihasilkan di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) yang terletak di Gurun, Kedah. Semua ini menjadi kenyataan selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani dengan Naza

Corporation Holdings pada Februari 2018 untuk menubuhkan hab pengilangan pertama di ASEAN bagi Groupe PSA.

Ini merupakan satu perkembangan positif buat Groupe PSA di ASEAN di mana Peugeot kini beroperasi di 11 buah negara. NAM sebelum ini telah mula mengeksport produk keluaran ke Filipina dan diikuti oleh Thailand dalam tempoh dua minggu lagi.  

MGC-ASIA merupakan salah satu peruncit automotif dan syarikat pengangkutan utama di Thailand.

Kerjasama baru ini dilihat mampu mempercepatkan pertumbuhan Group PSA di rantau ini dan menjadi sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran ASEAN.

Google ads
"
"
Back to top button