
PANDU UJI RENAULT CAPTUR SELAMA 7 HARI PADA HARGA SERENDAH RM57 SEHARI
Anda kini boleh mencuba kelebihan Pakej Langganan Percubaan Renault Subscription untuk merasai sendiri pengalaman memandu Captur dan kemudahan program langganan Renault. Pakej percubaan itu ditawarkan selama tujuh hari pada harga cuma RM57 sehari.
Pelanggan yang mendaftar dengan Pakej Langganan Percubaan Renault hanya perlu membuat bayaran awal sekali sahaja iaitu sebanyak RM399 – tanpa had perbatuan, deposit sekuriti dan proses pendaftaran yang mudah.
Selepas tempoh percubaan selama seminggu, pelanggan yang ingin terus memandu Captur boleh memilih Pelan Fixed atau Switch Renault Subscription.

Melalui Renault Subscription, pelanggan akan menikmati manfaat seperti bebas daripada tempoh pinjaman yang lama dan penyusutan nilai kenderaan.
Mereka juga akan menikmati kos menyeluruh yang merangkumi cukai jalan, insurans dan penyelengaraan berkala. Selain penjimatan tambahan tanpa perlu mengeluarkan bayaran muka dan kadar faedah daripada pinjaman sewa beli.
“Kami percaya bahawa anda hanya perlukan masa selama seminggu untuk jatuh cinta dengan Captur. Pakej Langganan Percubaan yang baru ini bertujuan menawarkan pelanggan tempoh pandu uji yang lebih lama dan boleh mencuba kereta itu sepenuhnya.
“Pada masa yang sama, membolehkan mereka mengetahui tentang mudahnya program Renault Subscription ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.

Kini berada dalam fasa percubaan, Pakej Langganan Percubaan Renault Subscription ditawarkan di wilayah tengah Semenanjung Malaysia sahaja. Unit Captur adalah terhad dan tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.
Mereka yang bercadang untuk mencuba Pakej Percubaan Renault Subscription boleh menyatakan minat melalui Renault E-Store (https://www.renault.com.my/deals-news#SubscriptionTrialPlan) atau hubungi talian 1800-18-8663.
Pelanggan hanya perlu menghantar salinan IC atau pasport, lesen memandu dan perincian kad kredit. Proses kelulusan dalam tempoh 24 jam.