Buletin

TOYOTA BAKAL PERKENAL YARIS CROSSOVER DI GENEVA. AWD & ENJIN HIBRID

Toyota dijangka memperkenalkan sebuah lagi SUV kompak atau crossover yang akan diposisikan di bawah C-HR dan berkongsi platform dengan Yaris. 

Bakal menemui orang ramai pada acara Geneva Motor Show 2020, jentera itu didakwa akan menggunakan teknologi hibrid terkini Toyota, enjin 1.5 liter, pacuan semua roda dan platform TNGA-B.

Pengumuman tersebut disertakan bersama sekeping gambar bahagian belakang yang menunjukkan lampu nipis dan logo Toyota di bahagian tengah. Terdapat juga lencana bertulis “Hybrid” dan “AWD-i”. Imej yang dikongsi sebelum itu pula menujukkan garis bumbung rendah. 

Crossover itu bagaimanapun dikatakan mempunyai dimensi lebih panjang, tinggi dan lebar berbanding Yaris. Tidak ketinggalan, setup suspensi yang sedia untuk masuk ke laluan off-road.  

Di Geneva, model itu ditemani oleh RAV4 Plug-in Hybrid yang akan membuat debut bagi pasaran Eropah. Ia dijana oleh enjin 2.5 liter berkuasa 306PS dan motor elektrik yang membolehkannya bergerak sejauh 65km. 

Salon sel bahan api Mirai dan GR Yaris juga akan dipamerkan. Supermini yang diinspirasikan daripada perlumbaan rali itu memiliki kuasa 262PS daripada enjin tiga selinder bersesaran 1.6 liter. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan dan pacuan empat roda. 

Tags
Google ads
Back to top button