Buletin

PARIS MOTORSHOW. SELAMAT DATANG BMW 3 SERIES BAHARU. KATAKAN HAI PADA G20!

BMW 3 Series 2019 secara rasminya diumumkan pada 2018 Paris Motor Show. Ia mempamerkan reka bentuk luaran dan dalaman yang baru serta unit kuasa dan teknologi terkini. Di samping itu, BMW berjanji bahawa sedan saiz pertengahan terbaru ini mempunyai apa yang diperlukan untuk mencuri hati pengguna dalam persekitaran yang memihak SUV berbanding sedan.

Siri generasi ketujuh, atau G20 ini dipasarkan dalam varian 330i, M340i, dan 330e PHEV. Ia telah matang dalam setiap cara yang mungkin berbanding dengan model sekarang. Ia kini setengah inci lebih tinggi, 2.9 inci lebih panjang, dan ruang dalaman yang  0.6 inci lebih luas.

BACA: BMW 7 SERIES BAHARU DIPERKENALKAN

Trek hadapan dan belakang juga lebih panjang dengan pertambahan 43mm dan 21mm. Dari segi reka bentuk, paparan luaran keseluruhan G20 adalah lebih “bersih” berbanding siri F30 yang agak seksi, terutamanya di sekitar gril buah pinggang dan pencahayaan lampu LED yang kini disambungkan dan mengalir dari satu sisi ke sisi yang lain seolah-olah mereka adalah satu bahagian.

Di bahagian belakang, lampu belakang berbentuk L baru yang mempunyai sedikit senntuhan Lexus. Lampu kabus berbentuk T sisi di depan dan reflektor di belakang dibina secara buil-it kecuali bagi model M Sport.

Bercakap mengenai siri M Sport, kit tambahan yang popular sekarang lebih agresif berbanding sebelumnya dengan potongan besar di bumper depan yang berfungsi sebagai saluran udara dan sepasang lampu kabus.

BACA: JURUTERA BMW Z4 DAN SUPRA TAK PERCAKAP PUN

Profil belakang juga dipertingkatkan dengan pakej sporty, dengan skirt sisi yang lebih labuh, ventilasi menegak besar di bumper belakang, dan roda 19-inci. BMW mengeluarkan imej-imej varian M Sport dengan warna Portimao Blue yang kelihatan sangat cantik, kami rasa.

Sebuah kenderaan seperti Siri 3 direka untuk keseronokan pemanduan. Justeru, model asas 330 mempunyai kuasa yang lebih besar. Ia diperolehi menerusi pengurangan geseran dalaman yang dikurangkan dan aci sesondol yang lebih ringan dalam enjin empat selinder 2.0 liter yang kini menghasilkan 255 kuasa kuda dan 295 kilogram tork.

Transmisi automatik enam kelajuannya digantikan kepada versi lapan kelajuan, yang boleh memecut dari 0 kepada 60 batu sejam 5.6 saat dengan pacuan roda belakang dan 5.3 saat dengan pemacu semua roda.

Sekiranya 255 kuasa kuda tidak mencukupi, maka M340i adalah jawapannya. Enjin Turbo enam selinder sebaristelah dikemaskini dan berupaya menghasilkan 382 kuasa kuda dan 369 kilogram kaki tork. 0-100? 4.2 saat!

BACA: BELI APARTMENT, PERCUMA BMW

Kedua-dua pemacu roda belakang dan AWD ditawarkan dan kesemuanya dikendalikan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Di samping itu, M340i juga menerima penggantungan M Sport dengan ketinggian khusus, sistem suspensi adaptif, stereng sport, brek M Sport, dan kawalan elektronik.

Pada bahagian kabin, G20 direka dengan papan pemuka yang mengarah ke arah pemandu serta skrin sentuh standard 8.8 inci yang menguruskan semua fungsi penting kenderaan, termasuk navigasi, media, alat bantu keselamatan, dan sebagainya.

Satu set kawalan yang berasingan terletak di bawah skrin dan antara konsol tengah memberikan pemandu dan penumpang cara yang mudah difahami untuk mengawal beberapa fungsi asas bersama dengan pratetap volum dan audio terus di bahagian tersebut.

GALERI

 

Google ads
"
"
Back to top button