Buletin

INOVASI TERBAHARU GARISAN JALAN GLOW IN THE DARK DI AUSTRALIA. ELOK BUAT KAT MALAYSIA NI

Kerajaan Australia melancarkan program keselamatan jalan raya bernilai AS$245 juta yang merangkumi beberapa teknik baharu yang inovatif dalam memastikan keselamatan pengguna.

Aspek paling menarik dalam program berkenaan merupakan pelaksanaan penanda jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark).

Konsep berkenaan mudah sahaja, garisan di jalan raya kelihatan normal pada waktu siang tetapi apabila malam ia akan bercahaya.

Menurut negeri Victoria, inovatif itu dapat membantu para pengguna jalan raya lebih peka berhubung persimpangan dan selekoh sekali gus akan menambah baik masa tindak balas terhadap keadaan jalan raya.

Syarikat Tarmac Linemarking berkongsi imej percubaan tanda jalan bercahaya dalam gelap di laman Facebook mereka yang cukup mengagumkan.

Biarpun, keadaan gelap, garisan-garisan di jalan jelas kelihatan dengan menggunakan kemasan khas berteknologi tinggi.

Tarmac Linemarking berkata teknologi baharu berkenaan merupakan produk sangat hebat untuk laluan pejalan kaki dan basikal, jalan dan banyak lagi. – carscoops

Google ads
Back to top button