;
BuletinMotosikal

PASUKAN SATELIT SUZUKI AKAN HADIR DALAM MOTOGP TAK LAMA LAGI

Suzuki mungkin antara pasukan “underdog” yang cukup menyerlah dalam perlumbaan MotoGP tahun ini.

Pengurus pasukan Motogp Suzuki Ecstar Davide Brivio memberi bayangan akan memberi sokongan pada pasukan satelit yang dikatakan akan muncul tidak lama lagi.

Dalam perlumbaan yang cukup kompetitif seperti MotoGP, pasukan satelit banyak membantu pasukan Factory dalam membangunkan jentera terbaik mereka.

Menggunakan sepasang lagi motosikal sama dengan pengurusan berbeza membolehkan Suzuki mengumpul data dengan lebih banyak. Ia akan digunakan untuk mempertingkatkan sebarang aspek yang mungkin pada pusingan ataupun musim berikutnya.

Begitulah cara pasukan lain lakukannya seperti Yamaha, Honda, Ducati, malah pasukan “mentah” seperti KTM sekalipun.

Kehadiran pasukan satelit ini sudah beberapa kali dibayangkan oleh pengurusan Suzuki. Malah, ia pernah disasarkan pada tahun 2016, namun disebabkan beberapa masalah dalaman, ia ditangguhkan.

Pada musim lalu Estrella Galicia Marc VDS Team hampir menjadi pasukan satelit bergabung dengan Suzuki namun dikatakan isu kontrak tiga tahun telah merencatkan kerjasama tersebut.

Apatah lagi pasukan Marc VDS diuruskan oleh Michael Bartholemy yang dituduh melakukan penyelewengan dana pasukan Belgium tersebut. Marc VDS bagaimanapun berpendapat bahawa dana pelaburan mereka tidak berbaloi dengan berbaloi dengan hasil yang akan mereka perolehi.

Namun yang demikian ia tidak langsung melunturkan semangat Suzuki untuk mendapatkan pasukan satelit pertama mereka.

Davide Brivio memberitahu bahawa mereka merancang untuk mendapatkan pasukan satelit di tahun 2020. Namun beliau mengakui mendapatkan sedikit masalah yang perlu dibincangkan bersama prinsipal mereka Suzuki di Hamamatsu, Jepun.

“Pasukan satelit mungkin akan hadir selewat-lewatnya pada 2021. Kami sedang dalam perbincangan dengan Suzuki untuk mendapatkan semua yang diperlukan pada seperti logistik dan juga material untuk dua motor tambahan tersebut (Satelit), ” Ujar Brivio..

Potensi Suzuki untuk mendaftarkan pasukan satelit menjadi lebih rumit kerana sebahagian besar pasukan satelit di MotoGP sekarang memiliki hubungan yang kuat dengan pasukan Factory.

Ambil contoh pasukan LCR Team, Tech3, Pramac dan Petronas SRT semua memiliki hubungan dengan pasukan utama mereka.

Buat masa ini, hanya ada satu pasukan sahaja yang tidak terlalu bergantung dengan factory iaitu Avintia Racing Team. Ia mungkin potensi terbesar yang mungkin bagi Suzuki untuk mengikat kontrak bersama Avintia dengan kontrak mereka bersama Ducati akan tamat tahun ini.

Tags
Google ads
Back to top button