BOSCH Mrec – Desktop
Motosikal

4,524 BOTOL MINYAK MOTOR TIRUAN BERNILAI RM45,692 DIRAMPAS

SHARE

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Johor baru-baru ini berjaya merampas 4,524 botol minyak enjin tiruan. 

Rampasan minyak yang dilakukan ke atas sebuah syarikat pembekal Kawasan Perindustrian Selatan, Senai melibatkan nilai mencecah RM45,692. Minyak tiruan itu didakwa mahu dipasarkan oleh syarikat berkenaan pada harga sekitar RM10 dan lebih rendah berbanding produk original. 

Operasi tersebut adalah hasil intipan dan risikan dibuat selama seminggu selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagangan produk berkenaan. 

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Ketika pemeriksaan dijalankan, terdapat 377 kotak berisi botol-botol minyak enjin 1 liter yang dipercayai tiruan. Turun ditahan enam orang pekerja dan seorang pengurus. 

“Selepas mendapatkan keterangan daripada mereka, kami mendapati minyak tiruan ini belum sempat diedarkan ke pasaran. 

“Sekali pandang, botol dan label minyak tiruan ini sama seperti yang asal. Pihak KPDNHEP dan pemilik jenama sahaja tang tahu perbezaannya,” kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Johor, Zubir Hamsa. 

Semua produk tersebut akan disita di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 untuk siasatan lanjut.

kredit: Kosmo Online 

Tags
Google ads
Back to top button