BOSCH Mrec – Desktop
Motosikal

YAMAHA MOTOR CATAT PENGELUARAN MOTOSIKAL KE-10 JUTA DI INDIA

SHARE

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, India Yamaha Motor Pvt. Ltd. (IYM) telah mencatat pengeluaran motosikal kumulatif yang ke-10 juta unit. 

Permintaan terhadap motosikal di India dilapor meningkat setiap tahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Di samping peningkatan pendapatan dan peranan wanita dalam masyarakat. 

Pada tahun 2018 sahaja, pasaran India merekodkan permintaan sebanyak 22 juta unit motosikal. 

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Kajian yang dijalankan oleh Yamaha itu jelas menunjukkan India kini merupakan pasaran motosikal yang terbesar di dunia. Yamaha memulakan produksi motosikal di India pada tahun 1985.

IYM kini mengilang dan memasang motosikal Yamaha di tiga lokasi iaitu Surajpur, Faridabad danChennai.

Yamaha Motor meletakkan India sebagai rantau penting dalam Pelan Pengurusan Jangka Sederhana.

Ia berusaha untuk menstabilkan pendaoatan dengan mengembangkan skop unit jualan menerusi pelancaran barisan model motosikal yang menarik. 

Tags
Google ads
Back to top button