BuletinMotosikal

PELANCARAN M1 MOTOGP BERSAMA GANDINGAN ROSSI-VINALEZ

Detik pembukaan perlumbaan MotoGP 2017 semakin hampir. Pasukan Tamaha membuka tirai dengan pengendalan motosikal baru mereka YZF-M1 bersama pasukan Yamaha Movistar bagi musim perlumbaan 2017.

Seperti yang kita sedia maklum dengan pemergian Jorge Lorenzo ke kem Ducati, tempat beliau telha digantikan oleh Maverick Vinales yang dahulunya berkhidmat dalam pasukan Suzuki Ecstar. Gandingan mantap Valentino Rossi dan Maverick Vinales sudah tentu akan memeriahkan lagi saingan musim ini.

BACA: ROSSI HAMPIR JADI PELUMBA F1

BACA: DUCATI YAKIN LORENZO BAKAL JADI JUARA

Motosikal M1 baru ini juga menerima sedikit perubahan grafik namun kekal dengan warna tradisinya biru. Seperti yang dilihat, tiada lagi penggunaan winglet/spoiler hadapan dibenarkan untuk musim baru ini. Selain itu, Yamaha Movistar mengakalkan livery asal menerusi sekelompok penaja yang setia bersama mereka.

Vinales sudahpun menguji motosikal ini pada peringkat prototaip tidak lama dahulu namun ujian motosikal sebenar dikatakan hanya dibuat pada penghujung bulan ini. Vinalez dan Rossi akan menyesuaikan diri dengan mesin baru dan penalaan terakhir akan dilakukan untuk persediaan penuh perlumbaan sebenar.

Seperti yang ramai orang jangka, tahun ini jadi lebih menarik bila Lorenzo berpindah kem. Ducati kelihatan semakin “kuat” dengan gandingan baru sementara Yamaha dan Honda sudah tentu tidak mahu membiarkan saingan masing-masing bermaharajalela.

 

Tags
Google ads
Back to top button