Buletin

PELANGGAN DI LEMBAH KLANG BOLEH PANDU UJI KERETA MITSUBISHI TAPA KEHADIRAN JURUJUAL

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini menawarkan pilihan sesi pandu uji tanpa ditemani oleh perunding jualan Mitsubishi untuk pelanggan di Lembah Klang. 

Pilihan itu ditawarkan kerana Lembah Klang terus menyaksikan permintaan yang tinggi terhadap trak pikap Triton Athlete dan Xpander. Namun begitu, memandangkan situasi COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, MMM ada menawarkan pelanggan pilihan untuk memandu uji model Mitsubishi bersama jurujual bertauliah. 

Pelanggan perlu melayari laman web rasmi Mitsubishi dan hantar permohonan pandu uji. Kakitangan MMM akan menghubungi mereka untuk membuat pengesahan dan mengatur penghantaran kenderaan ke lokasi yang diingini. 

Kereta tersebut akan disanitasi dan perunding jualan memberi informasi produk sebelum ia diserahkan kepada pelanggan untuk dipandu uji selama sejam. Pelanggan perlu menyerahkan kembali kereta di lokasi yang sama. 

“Ketika negara bergerak ke fasa endemik, kita semua perlu menyesuaikan diri dengan cabaran norma baharu. Jadi, kami menawarkan pilihan pandu uji tanpa kehadiran jurujual pengalaman pembelian yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda. 

Google ads
Back to top button