Artikel Pilihan

UNTUK APA SEBASTIAN LOEB MENGUJI JENTERA FORD PUMA RALLY1?

Ini ada perkhabaran yang mungkin sedikit mengujakan buat peminat rali dunia. Dikhabarkan mantan juara dunia WRC sembilan kali, Sebastian Loeb telah pun menguji jentera baharu Ford Puma Rally1 di Sepanyol pada bulan lepas. Tiada sebarang khabar angin, secara tiba – tiba sahaja muncul cerita Sebastian Loeb menguji jentera rali hibrid generasi terbaharu ini.

Sebastian Loeb, 47 tahun menguji jentera milik pasukan M-Sport Ford sekaligus mencipta gossip di kalangan peminat sukan rali tentang kemungkinan kembalinya sang lagenda ke kelas premier WRC bagi musim 2022 kelak. Sebastian Loeb menguji Ford Puma Rally1 dengan kondisi permukaan tarmac. Walau bagaimana pun, tiada sebarang pengesahan rasmi yang dibuat oleh pasukan M-Sport Ford mengenai pembabitan Sebastian Loeb pada musim hadapan.

Sebastian Loeb yang kali terakhir memandu jentera WRC ketika di Rally Turkey pada tahun sudah berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan ketika bersama pasukan Hyundai secara separuh masa selama dua musim. Sepanjang kerjaya beliau dalam WRC, Sebastian Loeb telah beraksi sebanyak 180 perlumbaan rali sehinggalah beliau bersara dan telah memenangi kejuaraan WRC sembilan kali berturut – turut. (2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 & 2012).

Musim ini Sebastian Loeb memandu untuk Prodrive sebahagian daripada program Bahrain Raid Xtreme dan dijangka beraksi pada Rally Dakar pada musim hadapan selepas bersara daripada pasukan British tersebut. Musim ini juga menyaksikan Sebastian Loeb turut mengambil bahagian dalam siri perlumbaan baharu Extreme E untuk pasukan Lewis Hamilton X44.

Pasukan M-Sport Ford sebelum ini telah pun mengesahkan pemandu Craig Breen sebagai pemandu bagi musim hadapan walau bagaimana pun mereka masih belum mengumumkan lagi dua kerusi pemandu yang masih kosong. Pemandu muda Andrien Fourmaux yang semakin menunjukkan prestasi yang bagus serta terlibat dalam pembangunan Ford Puma Rally1 sebelum ini dijangka dikekalkan. Begitu juga dengan Guus Greensmith yang dijangka turut dikekalkan bagi musim hadapan.

Lantas di mana pula penglibatan Sebastian Loeb nanti? Apakah beliau bakal berlumba secara sambilan bersama pasukan M-Sport Ford? Tunggu sahajalah nanti.

BACA : CRAIG BREEN SAHIH BERTUKAR KE PASUKAN M-SPORT FORD

BACA : FORD PUMA RALLY1 AKHIRNYA DIDEDAHKAN SEBAGAI PENGGANTI FORD FIESTA WRC

Google ads

B K

Back to top button