PELUANG MENARIK MENANTI DI ROADSHOW LEAPMOTOR C10, NIKMATI PENJIMATAN SEBANYAK RM10K!
SUV elektrik Leapmotor C10, model baharu daripada jenama kenderaan tenaga baharu yang pertama diperkenalkan oleh Stellantis Malaysia, akan membuat penampilan sulungnya di seluruh negara menerusi acara Leapmotor C10 Experience Roadshow.
Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri reka bentuk, serta pengalaman pemanduan intuitif yang ditawarkan oleh SUV serba baharu ini.
Roadshow Leapmotor C10 Experience akan diadakan di beberapa lokasi berikut:
- Publika, Blue Zone, Kuala Lumpur, 8 – 10 November 2024
- Pavilion Bukit Jalil, Orange Zone, Kuala Lumpur, 15 – 17 November 2024
Pengunjung berpeluang menerokai teknologi inovatif Leapmotor C10, dengan ciri-ciri yang memfokuskan pada keselesaan, kepintaran, dan keluasan ruang dalamannya.
Di Publika, sebuah “Play Cabin” khas turut disediakan untuk kanak-kanak bagi memastikan pengalaman yang mesra keluarga, manakala ibu bapa dapat meninjau reka bentuk dalaman mesra kanak-kanak SUV ini.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman Virtual Reality (VR) untuk meneroka setiap sudut Leapmotor C10 dengan lebih mendalam.
Pengalaman lebih menarik turut disediakan di roadshow ini, di mana pengunjung berpeluang memandu uji Leapmotor C10 dan merasai sendiri prestasi serta ciri-ciri canggih kenderaan ini.
Dikuasakan oleh cip Qualcomm® Snapdragon™ 8155 dengan penambahbaikan pemanduan oleh Maserati, Leapmotor C10 menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan intuitif.
Setiap peserta pandu uji akan menerima barangan eksklusif Leapmotor, sementara pengunjung lain boleh menebus beg tote berjenama Leapmotor beserta set pin enamel edisi terhad.
Untuk mereka yang berminat, Leapmotor menawarkan peluang istimewa di mana tempahan dibuat semasa roadshow ini hingga 30 November 2024 layak untuk menikmati harga pengenalan RM149,000 tanpa insurans — penjimatan sebanyak RM10,000 daripada harga asal RM159,000.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Leapmotor di www.leapmotor.com/my