KENDERAAN PENGANGKUT KERETA PERISAI TERBABAS, LANGGAR BESI PENGHADANG
Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) membawa aset tentera yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, semalam, dipercayai berlaku selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan, sebelum terjatuh ke laluan bertentangan, kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir.
Menurutnya, ia berdasarkan siasatan awal kejadian pada 4 petang semalam itu.
Beliau berkata, kemalangan itu berlaku di Kilometer (KM) 35.3 lebuh raya itu, dari arah Bentong ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu lori ‘loader’ iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun, manakala pembantunya, lelaki berusia 29 tahun, dan KPKP itu membawa dua kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, lori itu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan sebelum terjatuh ke arah laluan bertentangan.
“Pemandu dan pembantu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Harian Metro semalam melaporkan KPKP dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) Adnan terbabit dalam kemalangan jalan raya. – Harian Metro
- BACA: MAZDA SAHKAN ICONIC AP SPORTS BAKAL DIPRODUKSI – LAMA BETUL NAK BUAT KEPUTUSAN
- BACA: PERLUMBAAN MIRC – RALLY OF PONTIAN HUJUNG MINGGU INI
- BACA: LAMBORGHINI URUS HABIS TERJUAL SEHINGGA 2026 – MAHAL TAPI LARIS
- BACA: CONTINENTAL LANCAR PROGRAM MINI DALAM APLIKASI TNG eWALLET, TAWAR PROMOSI EKSKLUSIF