Buletin

PELUMBA PASUKAN F1 RED BULL TORO ROSSO HONDA DAPAT CIVIC TYPE-R – UNTUNG LAH..

Dua orang pelumba pasukan Formula 1 Red Bull Toro Rosso Honda, Pierre Gasly dan Brendon Hartley dilapor memilih Honda Civic Type-R sebagai kereta harian mereka.

Honda Civic Type-R tahun 2017 yang dihasilkan di kilang UK Manufacturing (HUM) dilihat cukup sesuai dengan kedua-dua orang pelumba tersebut.

Digelar sebagai kereta lumba di atas jalan biasa, jentera tersebut memegang rekod kereta pacuan roda hadapan paling pantas di litar Nürburgring Nordschleife, jerma dengan catatan masa 7 minit 43.8 saat.

Gasly dan Hartley bersaing dalam musim penuh pertama mereka dalam F1 pada tahun ini. Menamatkan saingan pada kedudukan keempat di Grand Prix Bahrin bulan lalu, Gasly mendapat mata pertamanya dalam F1 dan pasukan Red Bull Toro Rosso.  

Sasly yang menamatkan perlumbaan super Formula Jepun di kedudukan kedua sebelum ini dengan Team Mugen menerima Civic Type-R bulan lepas.“Saya sangat bertuah kerana mempunyai Civic Type-R sebagai kereta harian. Saya  teruja untuk memandunya di Route Napoleon yang ikonik di selatan Perancis dan mungkin di litar lumba jika saya benar-benar ingin menguji keupayaannya,” kata Gasly.

Bagi Hartley pula, memandu jentera tersebut nyata mengimbau kenangan manis.

“Tahukah anda bahawa kereta pertama saya ialah Honda Civic tahun 1996. Memang saya gembira dapat menaik taraf kepada Type-R. Tetapi, jadual perlumbaan F1 yang sibuk mungkin membuatkan saya tidak dapat memandu kereta ini dengan kerap,” kata Hartley.    

Honda melancarkan jentera yang dipasang dengan enjin VTEC Turbo bersesaran 2.0 ini pada tahun 2017.

Dengan kuasa mencecah 320PS dan tork maksimum400Nm, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 5.7 saat serta mencapai kelajuan maksimum 272km/j.  

Google ads
Back to top button