
PEMANDU MITSUBISHI LANCER TERBABAS, TERBAKAR – TURUT LIBATKAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
Pemandu kereta rentung, manakala penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 290.5, Lebuhraya Utara Selatan arah Utara.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 2:16 petang tadi.
Seramai empat anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi, mendapati sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer terbakar 90 peratus akibat terbabas sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Honda RS.
“Api berjaya dipadamkan dan seorang mangsa ditemui rentung di dalam kereta manakala penunggang motosikal mengalami cedera di bahagian kepala dan tangan kanan.
“Mangsa kemalangan tersebut telah di hantar ke Hospital Serdang,” katanya.
Menurut beliau, identiti mangsa yang maut terbakar di dalam kereta tersebut masih belum dikenalpasti.-KOSMO! ONLINE
- BACA: KEMALANGAN MAUT LIBATKAN LAMBORGHINI DAN FERRARI DI ITALI – HATI-HATI BILA MEMANDU GAIS
- BACA: VAN TERLIBAT KEMALANGAN, TIGA PELUMBA LTDL 2023 CEDERA
- BACA: WANITA TERLIBAT KEMALANGAN, CRASH DETECTION JADI PENYELAMAT
- BACA: SESI PERTEMUAN HYUNDAI i30 N BERTUKAR KEPADA SESI KEMALANGAN – REKOD DUNIA JUGA NI







