Artikel Pilihan

KEMALANGAN MAUT LIBATKAN LAMBORGHINI DAN FERRARI DI ITALI – HATI-HATI BILA MEMANDU GAIS

Aktiviti konvoi melibatkan sekumpulan peminat supercar berakhir dengan tragedi bila dua peserta terbunuh dalam satu kemalangan yang agak dahsyat. Patut la orang tua-tua dulu selalu pesan, berpada-pada kalau nak berhibur pun. Malang tak berbau.

Kesemua supercar terlibat sedang bergerak ataupun lebih tepat lagi memecut di State Road 195 di Sardinia, Itali. Pautan video yang dirakam dari sebuah kereta yang tidak terlibat dengan konvoi menunjukkan beberapa buah supercar sedang menyelit di celah trafik yang bergerak agak perlahan.

Berada di hadapan kereta perakam ialah sebuah kenderaan RV sebelum dua buah Ferrari memotong dan masuk di antara perakam dan RV. Sejurus kemudian masuk pula dua buah Lamborghini Huracan ke ruang di hadapan perakam dan menyertai dua Ferrari terdahulu.

Kalau tengok video ni nampak jelas yang pemandu-pemandu supercar ni memang kurang sabar dan sentiasa mengitai-intai peluang untuk memotong RV tersebut. Kereta dan mahal ego pun mesti kena tinggi la kan? Ke macam mana?

Sebaik peluang memotong tiba, dua buah Ferrari di hadapan, F8 Tributo dan Roma serta sebuah lagi Lamborghini segera memotong. Lamborghini kedua bergerak ke belakang RV memberi peluang kepada trafik dari hadapan.

Peluang itu diambil oleh sebuah lagi Ferrari California untuk memotong Huracan dan RV tersebut tapi malangnya pemandu Huracan biru tersebut tidak sedar akan kedudukan Ferrari California di sebelahnya menyebabkan berlakunya pertembungan antara keduanya.

Impak pertembungan menyebabkan Huracan tersebut menghentam bahagian belakang RV menyebabkan ianya melambung dan berpusing di atas jalan raya. Huracan bernasib baik kerana cuma terbabas ke luar bahu jalan.

Nasib lebih malang menimpa pasangan pemandu dan penumpang California, sepasang suami isteri berusia 67 dan 63 tahun dari Switzerland. Keduanya terperangkap dalam kenderaan mereka yang terbalik dan kemudiannya terbakar akibat kemalangan tersebut.

Moralnya, tak kira macam mana hebat kereta yang dipandu dan betapa gembiranya korang dengan aktiviti yang disertai, peraturan mesti dipatuhi dan keselamatan mesti diutamakan.

Google ads
Back to top button