Buletin

PEMENANG #CLEANMYENGINE SHELL HELIX

Tiga pemandu bertuah menikmati pengalaman yang menyegarkan apabila muncul  sebagai pemenang hadiah utama peraduan dalam talian #cleanmyengine Shell Helix.

Shell-clean-my-engine-mekanika (5)

Faudzina Khamis, K’ng Choo Wei dan Noel Kuppan memenangi pakej perapian kereta premium bernilai RM1,500 daripada Regal Valet di Bangsar, pakej spa Sultana Hammam 3¼ jam bernilai RM550 di Hammam Spa Bangsar Village dan pek 4 liter Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus bernilai RM235.

Peraduan #cleanmyengine Shell Helix yang diadakan dari 29 Disember 2014 hingga 29 Januari 2015 turut menawarkan sepuluh hadiah sagu hati berupa pek 4 liter Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus bernilai RM235. Selain kiub Teknologi PurePlus eksklusif yang mengandungi minyak asas sebenar daripada gas asli.

Shell-clean-my-engine-mekanika (3)

Menurut Faudzina, 42, dia mendapat tahu tentang peraduan ini daripada laman web Shell Malaysia sewaktu membuat penyelidikan untuk mencari punca yang  menyebabkan kekasaran enjin kereta MINI miliknya yang berusia 12 tahun.

“Sekarang saya faham bahawa minyak yang bermutu dapat memberi banyak perbezaan. Terutama minyak yang dapat membersihkan enjin sebagus Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus.  Hasilnya, kereta saya rasa seperti baru!” katanya.  

Shell-clean-my-engine-mekanika (2)

K’ng Choo Wei, 35, seorang doktor dari Pulau Pinang diwakili oleh isterinya, Lee Woei Lin.

“Suami saya terbaca tentang peraduan ini dan menyertainya kerana keluarga saya adalah pengguna Shell.  Saya memang gembira apabila dia diumum sebagai pemenang,” jelasnya.  

Shell-clean-my-engine-mekanika (6)

Noel Kuppan, 37, yang bekerja sendiri kagum bagaimana minyak pelincir yang canggih boleh dihasilkan 100 peratus daripada gas asli. Hasilnya, kereta Proton Saga Aeroback berusia 12 tahun yang telah banyak berjasa kini lebih segar. Terutama pada bahagian enjin dan ruang dalaman selepas diservis selama lima jam.

Menurut Pengurus Jenama Shell Helix, Joanna Lean, peraduan ini berjaya memberitahu para pemilik kereta agar memilih kuasa pembersihan luar biasa yang ditawarkan oleh minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus. 

Shell-clean-my-engine-mekanika (7)

“Kami mahu pemenang peraduan kami mengalami sesuatu yang sama seperti yang dilakukan oleh Teknologi PurePlus Shell kepada enjin kereta.  Minyak enjin yang diperbuat daripada gas asli tulen ini boleh membersihkan kereta secara menyeluruh dan pengguna dapat memandu dengan optimum,” katanya.

Teknologi PurePlus Shell Helix yang serba maju mengeluarkan minyak asas lebih bersih tanpa sebarang bendasing yang terdapat dalam minyak mentah. Minyak asas sintetik tulen daripada gas asli ini dikeluarkan di Loji Pearl di Qatar, secara perkongsian antara Shell dan Qatar Petroleum. Minyak asas ini memberikan daya pembersihan dan perlindungan lebih tinggi, hingga tiada minyak enjin lain yang dapat membersihkan enjin dengan lebih baik.

Untuk merasai kuasa pembersihan Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, sila kunjungi mana-mana bengkel Shell Helix yang sah di seluruh negara, layari laman web: www.shell.com.my/helixworkshop.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button