Buletin

WON-CHUL YANG DILANTIK CEO MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pelantikan Won-Chul Yang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa 12 Februari 2015.

CEO-MMM-Won-Chul-Yang-mekanika

Yang menyertai Mitsubishi Corporation (MC) di Seoul, Korea pada tahun 1992 dan pernah memegang pelbagai jawatan penting di syarikat tersebut. Pada tahun 2003 hingga 2006, beliau bertindak sebagai Pengurus MC Tokyo, sebelum dilantik menjadi Pengarah Perancangan Strategik dan Koordinasi Mitsubishi Motors Sales Korea Ltd.

Beliau memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif serta pernah berkhidmat untuk Mitsubishi Korea dan Jepun sebelum menyertai MMM.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Yang memegang jawatan Naib Presiden Kanan, Pengarah Perancangan Strategik dan Koordinasi sejak tahun 2012.

Mitsubishi-ASX-CKD-mekanika

Dalam tempoh tersebut, MMM telah berjaya melancarkan model CKD pertama iaitu SUV kompak ASX ke pasaran Malaysia.

“Kami percaya dengan pengalaman luas, kesungguhan dan komitmen, Yang mampu terus memacu jenama Mitsubishi di Malaysia ke tahap yang baru,” kata Pengerusi Lembaga MMM, Tan Sri Marzuki Mohd Noor.

Menurut Yang, keutamannya sekarang untuk terus membina rangkaian Mitsubishi Motors. Sehingga kini, MMM mempunyai 58 bilik pameran (43 ialah pusat 3S) dan 47 pusat servis di seluruh Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button