Buletin

ASTON MARTIN VULCAN

Jenama kenderaan mewah Britain, Aston Martin semalam memperkenalkan model supercar terbaharunya, Vulcan.

Aston-Martin-Vulcan-mekanika (7)

Hanya untuk kegunaan di trek perlumbaan, Vulcan dikatakan model paling menarik pernah dihasilkan oleh Aston Martin setakat ini. Terhad kepada 24 unit sahaja, ia membolehkan pemiliknya membuat ubah suai mengikut kecenderungan masing-masing.

“Sebagai sebuah kereta sebenar untuk peminat tegar jentera sports, saya yakin Aston Martin Vulcan dan program pemilikannya yang unik telah menetapkan satu standard baharu dalam kelas supercar ultra mewah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr. Andy Palmer.

Aston-Martin-Vulcan-mekanika (4)

Direka sepenuhnya oleh pasukan reka bentuk Aston Martin yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Kreatifnya, Marek Reichman, Vulcan memberi petunjuk tentang model sports masa depan jenama tersebut.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin aspirasi biasa V12 bersesaran 7.0 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa lebih 800hp. Badan kereta terdiri daripada kerangka monokok gentian karbon. Ia dibangunkan oleh rakan kerjasamanya, Multimatic.

Aston-Martin-Vulcan-mekanika (5)

Vulcan telah pun memenuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh pihak FIA.

Ketika menerima kereta, para pemilik Vulcan bakal ditawarkan dengan program latihan memandu di trek yang ekstensif. Mereka akan menerima tunjuk ajar daripada pemenang perlumbaan Aston Martin Racing Le Mans, Darren Turner.

Aston-Martin-Vulcan-mekanika (1)

Aston Martin Vulcan bakal membuat debut dunia pada acara Geneva International Motor Show, 3 Mac depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button