
PEMILIK BENGANG, TESLA CYBERTRUCK ADA MASALAH KARAT SELEPAS TERKENA HUJAN
Tesla Cybertruck, kenderaan elektrik futuristik mendapat sorotan negatif baru-baru ini di mana, beberapa pemilik baharu melaporkan bahawa kenderaan mereka mengalami masalah karat pada bahagian luar.
Kebanyakan kereta kebiasaannya dilindungi oleh lapisan untuk melindungi panel badan keluli, tetapi pikap elektrik ini mempunyai bahagian luar yang terdedah tanpa perlindungan tersebut.
Salah seorang pemilik, dikenali sebagai Raxar, berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ini di laman web Cybertruckownersclub.com.

Menurut Raxar, hanya beberapa hari setelah menerima Cybertruck, dia mula melihat bintik-bintik yang kelihatan seperti kakisan, terutama selepas terkena hujan renyai-renyai semasa perjalanan dari Dublin (California) ke Sacramento.
“Seorang kakitangan Tesla memberi amaran tentang bintik-bintik oren yang muncul akibat terdedah kepada hujan, dengan kenderaan itu perlu digosok untuk membaiki salutan luaran,” jelas Raxar.
Pengalaman serupa juga dialami oleh pemilik lain, memilih untuk mengembalikan Cybertruck mereka ke pusat servis Tesla setelah menemui bintik oren yang serupa.
Pengguna forum lain berkata, ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan kimia atau dalam persekitaran yang sangat menghakis.
Dalam manual pengguna Cybertruck, Tesla mengakui bahawa bahagian luar keluli tahan karat mungkin akan mengalami perubahan termasuk, mengakibatkan perubahan kecil pada sifat reflektif serta warna logam.
Masalah kakisan pada Tesla Cybertruck menimbulkan pertanyaan mengenai kesan pendedahan terhadap bahagian luar kendaraan tersebut, serta keperluan untuk langkah-langkah pemeliharaan yang lebih proaktif bagi pemilik masa depan.
- BACA: HANYA SATU UNIT MODEL TESLA TERJUAL DI KOREA SELATAN PADA JANUARI
- BACA: RAMALAN BOSS TOYOTA TEPAT, MODEL HIBRID LAKU KERAS TAHUN 2023. KALAH TESLA
- BACA: ELON MUSK MAHU TINGKAT PENGELUARAN, PAKSA PEKERJA TIDUR DI KILANG TESLA
- BACA: KERETA TESLA DIHARAMKAN DI SESETENGAH KAWASAN CHINA, FAKTOR KESELAMATAN






