Artikel Pilihan

RAMALAN BOSS TOYOTA TEPAT, MODEL HIBRID LAKU KERAS TAHUN 2023. KALAH TESLA

Kumpulan Toyota dan Lexus menjual sebanyak 3.5 juta kenderaan pada tahun 2023 meliputi kenderaan hibrid dan plug-in hybrid. Angka ini sebenarnya mengatasi jualan tahunan kumpulan Tesla sebanyak hampir 2 kali ganda. Bagi setiap 1 unit Tesla terjual, Toyota berjaya menjual 2 unit kenderaan hibrid

Untuk rekod jualan tahunan Toyota di peringkat global pada tahun 2023 mencecah 11.2 juta unit kenderaan. Jika dilihat kepada angka jualan Toyota kenderaan yang dipasang dengan teknologi hibrid, jualan kenderaan hibrid Toyota dan Lexus meningkat kepada 953,000 dalam tempoh setahun. Nilai ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan angka peningkatan Tesla iaitu 495,000 unit.

Daripada 11.2 juta unit kenderaan terjual, 10.3 juta unit adalah disumbangkan oleh Toyota dan Lexus manakala bakinya adalah Daihatsu dan Hino. 3.5 juta unit daripada 11.2 juta unit adalah kenderaan hibrid dan bahan api alternatif termasuk EV seperti jadual di bawah

Daripada jumpah tersebut, 3.4 juta unit kenderaan adalah hibrid, 124,755 merupakan plug in hybrid dan 104,018 unit adalah kereta elektrik. Bagi kenderaan fuel cell hydrogen, ia hanya mencatatkan jualan sekitar 3921 unit sahaja di peringkat global

Secara perbandingan pula, Tesla menjual 1,313,851 juta unit kenderaan elektrik pada 2022 dan meningkat kepada 1,808,581 juta jualan EV pada tahun 2023. Namun dari segi peratus, jualan Tesla meningkat 37.3% dari tahun 2022 ke tahun 2023 berbanding 32.5% bagi kenderaan hibrid Toyota.

Bagi pembeli yang mahukan jenama mewah, Lexus telah menjual 390,000 unit kenderaan hibrid daripada angka di atas sekaligus menjadikan Toyota sebagai jenama kenderaan hibrid nombor satu di peringkat global

Selain daripada Toyota, Tesla juga dicabar oleh BYD iaitu pengeluar kereta elektrik dari China yang menjual 3,012,906 juta unit kereta elektrik, hibrid dan plug-in hybrid pada tahun 2023. Untuk kereta elektrik, BYD berjaya mencatat jualan sebanyak 1,574,822 juta unit kenderaan

Data yang dikumpul oleh firma analisa Jato Dynamics turut melaporkan SUV elektrik keluaran Tesla iaitu Model Y merupakan SUV paling laris di dunia pada tahun 2023 dengan jualan sebanyak 1.23 juta unit mengalahkan Toyota RAV4 1.07 juta unit dan Toyota Corolla 1.01 juta unit

Google ads
Back to top button