Motosikal

SUIS KAWALAN KAMI SEKARANG SAMA BANYAK DENGAN PESAWAT TERBANG – ALEIX ESPARGARO

Suis yang dinyatakan dalam tajuk di atas merujuk kepada alat holeshot yang dibangunkan oleh Aprilia sejak setahun lalu dan menurut Aleiz Espargaro, sistem itu kini semakin bertambah baik.

Alat yang juga dikenali dengan nama RS-GP menyamai sistem yang digunakan pada suspensi hadapan jentera motorcross dan mula dikenali selepas Ducati memperkenalkan sistem mereka di mana suspensi belakang direndahkan untuk menambah kuasa pecutan mula mendapat perhatian.

Sistem Ducati mula dikesan di Sepang sewaktu sesi ujian Januari lalu tetapi menurut Jack Miller dari Ducati Pramac, beliau sudah mula menggunakan alat terbabit sejak di Motegi tahun lepas.

Sistem baru Aprilia ini mula dikenali selepas musim panas di Brno tetapi mereka bukannya tergesa-gesa mengeluarkannya. Bahkan ia dibangunkan dalam jangka masa yang cukup panjang.

Menurut Espargaro, ia berfungsi dengan sangat baik walaupun sekadar mencatat keputusan terbaik tempat ketujuh di Aragon. Beliau mula menggunakan sistem tersebut sejak tahun lepas dan ia kemudiannya ditambah baik sedikit demi sedikit dan kini Espargaro menyatakan yang beliau mesti menggunakannya setiap kali memulakan perlumbaan.

Walaupun memberikan perbezaan yang besar, ia masih lagi perlu ditambah baik kerana ia bukannya mudah untuk pelumba menguasainya dan membiasakan diri.

Ia berfungsi dengan merendahkan fork hadapan menggunakan suis yang berada hampir dengan lever klac. Ia berfungsi untuk merendahkan pusat graviti sekaligus meningkatkan kuasa pecutan dan mengurangkan aksi wheelie. Aksi wheelie memang menarik untuk disaksikan tetapi ia memang membuang masa jika dalam perlumbaan.

Buat masa ini hanya Aprilia dan Ducati dikatakan menggunakan alat holeshot ini tapi mana tahun mungkin selepas ini akan diikuti oleh pengeluar lain.      

Tags
Google ads
Back to top button