Buletin

TAK LAKU SANGAT, HONDA/ACURA BERI DISKAUN RM83,000 KEPADA PEMBELI NSX

Apa cara paling senang untuk tarik perhatian pengguna untuk beli kenderaan yang tidak berapa laku? Ya, beri diskaun yang banyak! 

Itulah teknik yang dilakukan oleh Acura/Honda ke atas model berprestasi tingginya, NSX di Amerika Syarikat.

Di sana, NSX yang dikuasakan oleh enjin V6 twin turbo dan tiga motor elektrik itu kini ditawarkan pada harga AS$139,300 (RM579,800). Sebelum ini ia berharga AS$159,300 (RM663,000) seunit. 

Namun, sedikit menghairankan kerana Acura tidak menyatakan dengan jelas diskaun tersebut. Ia hanya disedari oleh satu laman web yang membuat analisis nilai dan kos kenderaan.  Diskaun itu berakhir pada 31 Mac 2020.  

Harganya yang tinggi membuatkan pembeli berpotensi mungkin beralih kepada jenama lebih mewah seperti Porsche 911 Carrera S dengan harga bermula AS$121,660 (RM506,000). 

Berikutan angka jualan yang perlahan, Acura kini dilapor memberi diskaun sebanyak AS$20,000 (RM83,000) untuk model buatan tahun 2019. Diskaun yang bermula sejak pertengahan Mac lalu dilihat berjaya  meningkatkan jualan kepada 102 unit setakat Mei 2019. 

Angka jualan NSX dilihat merudum daripada 581 unit pada tahun 2017 kepada hanya 170 unit tahun lalu. 

Jika trend ini berterusan, agak sukar untuk Acura menyamai jualan NSX generasi sebelum ini yang terjual sebanyak 18,000 dalam tempoh 15 tahun di seluruh dunia. 

Tags
Google ads
Back to top button