Motosikal

VALENTINO ROSSI, ATLET PALING DISAYANGI DI ITALI

Pelumba MotoGP, Valentino Rossi merupakan ahli sukan paling disayangi di Itali.

Biarpun menjalani musim 2020 yang kurang memberangsangkan, dia menjadi selebriti sukan paling banyak diikuti oleh peminat di media sosial, mengalahkan ramai bintang bola sepak Itali yang lain.

Musim 2020 menyaksikan Rossi hanya naik sekali podium, melakukan banyak kesilapan dan jangkitan COVID-19 membuatkannya terlepas beberapa perlumbaan. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan tahun ini merupakan musim paling buruk dalam kerjayanya.

Biarpun begitu, The Doctor boleh berasa sedikit lega kerana perasaan sayang daripada peminatnya tidak berubah, malah semakin meningkat. Perkara itu disahkan melalui ranking yang dikeluarkan oleh pihak Social VIP Observatory.

Ia menyenaraikan ahli sukan yang paling banyak diikuti di pelbagai laman sosial dan Rossi sekali lagi tidak dapat dikalahkan.

Jika diambil jumlah pengikut daripada Facebook, Twitter dan Instagram, Rossi mempunyai 28,388,642 pengikut. Sekali gus membolehkannya duduk di atas takhta ranking dengan selesa.   

Ketika berdepan dengan tempoh sukar dalam kerjayanya, Rossi mengumpul lebih banyak Like berbanding sebelum ini.

Malah, para peminat sentiasa memberi kata-kata semangat yang membuatkannya mahu terus berlumba, walaupun zaman kegemilangannya boleh dikatakan sebagai sudah berakhir.

Pemain bola sepak, Mario Balotelli pula berada di kedudukan kedua dengan kurang lima juta pengikut berbanding Rossi.

Tempat ketiga dihuni oleh penjaga gol veteran Itali, Gianni Buffon. Tempat keempat dan kelima terus dimonopoli oleh pemain boleh sepak iaitu Andrea Prlo dan Alessandro del Piero.

Tempat ke-19 milik pemain bola keranjang, Valentina Vignali. Sementara seorang lagi pelumba MotoGP, Andrea Dovizioso masuk ke dalam senarai 20 teratas buat kali kedua dengan jumlah pengikut hampir 3 juta.

Boleh lah kan…

Google ads
Back to top button