Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA RASMI PUSAT 3S BAHARU DI TERENGGANU

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama pengedar sah Lajina Motors Sdn Bhd, baru-baru ini telah membuka Pusat 3S ketiga di Terengganu.

Pembukaan ini sekaligus menambah bilangan rangkaian pengedar Mitsubishi Motors kepada 61 bilik pameran di seluruh negara.

Terletak di Lot 3309-3310, Jalan Padang Luas, Taman Pelangat 2, 22000 Jerteh, Terengganu, bilik pameran ini berada di lokasi strategik sepanjang jalan utama dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, memudahkan pelanggan di kawasan sekitarnya untuk mendapatkan perkhidmatan.

Dengan keluasan binaan 3,600 kaki persegi, Pusat 3S ini menampilkan identiti jenama Mitsubishi Motors dan seiring dengan mesej global jenama, ‘Drive your Ambition’.

Selain menawarkan ruang rehat pelanggan yang selesa dengan kemudahan Wi-Fi dan sudut kanak-kanak, ia turut dilengkapi dengan bengkel servis lengkap untuk menyelenggara semua kenderaan Mitsubishi dalam komuniti tersebut.

Lajina Motors beroperasi dari Sabtu hingga Khamis, bermula 8.45 pagi hingga 5.15 petang, dan tutup pada hari Jumaat.

Pembukaan Pusat 3S ini membuktikan komitmen Mitsubishi Motors dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.

Google ads
Back to top button